Sunday, October 7, 2012

Shinji

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak bercakap tentang Shinji,
Shinji tu kalau dalam bahasa jepun,
bermaksud Percaya.
Percaya ni pula ada banyak perkataan inggeris,
yang lain-lain maksudnya..

ShinjiRunAway dalam SketDance xD

Aku agak kalau Shinji baca ni mesti dia dah
kecewa, ingatkan nak review blog dia
rupanya cerita pasal percaya pula hahaha
Taklah, aku memang nak review pun.
Saje muqaddimah tentang Percaya sebentar..

Hari ini aku nak promote satu blogger ni,
tengok tajuk pun dah tahu, Shinji.
korang kenal tak siapa Shinji ni?
Kalau tak kenal apa salah berkenalan dgn dia.

Nama sebenar dia pun aku tak tahu juga,
dia tulis dalam blog tu Shinji Izac, tu nama betul dia ke?
wAllahualam..
harap dia menjawab nnti hak2
Ataupun dia ni peminat anime Bleach,
sebab tu gunakan nama Shinji?

Hirako Shinji character dalam Bleach.


Shinji ni rajin datang baca entry-entry aku..
buktinya, kalau korang check satu-satu entry aku
mesti ada je nama dia..
Sebab tu lah dia jadi Top Commenter agaknya.
Kalau tgk dari blog achieve dia pun aku rasa
dia start berblogging dari bulan October juga.
(betul ke? ke start menaip entry dari bln october)

Tak bosan pula kau baca blog aku eh?
tapi aku pun selalu juga baca entry dia.. <--ni bangga diri ke apa?
Bukanlah sebab aku rajin, tapi sebab entry dia best2
cerita tentang pengalaman dia dan mcm2 lagi.
Dia ni juga seorang Riders & peminat motor.

ni lah jentera merah kesayangnya.


 
Jom lah ramai-ramai terjah blog dia ^^
Walaupun tak ramai followers dia (no offense)
tapi followersnya semuanya jenis rajin jenguk blog dia,
katanya Kualiti lagi penting dari Kuantiti..
Tu lah antara alasan dia tolak segmen yg aku tagged,
tapi aku setuju juga tu ^^
 
Sebab aku sendiri rasa dh ramai follower hantu kt blog aku ni,
dtg terjah & follow me back then hilang kemana ntah >.<
 
Click banner utk terjah blog dia, Its All About Me :D
 
 
Ni pula doodle Shinji yg dia request semalam,
kalau korang teringin nak buat juga,
jom terjah link ni Siapa Nak Doodle-Noodle.

Ini bukan doodle yg dilukis oleh saya sendiri
credit to KawaiiPandah




Saturday, October 6, 2012

Siapa nak Doodle-Noodle?

Assalamualaikum,

Happy weekends semua~
Ada apa-apa plan tak untuk weekends ni?

Hari ini aku nak bercakap tentang doodle
Korang tahu kan apa tu doodle?
Doodle ni ialah lukisan simple yg kita lukis,
time guru tengah mengajar kat depan or time boring-boring..
Semua orang reti berdoodle,
tapi tak semua org boleh lukis yg cantik-cantik.

Pernah tak jealous dengan blog-blog
yg comel dengan pelbagai jenis doodle?
Antaranya seperti blog CCI & Kawaii Dysha..
Menarik baca entry2 mereka yg penuh dengan doodle sendiri,
lagi-lagi kalau ada komik.

So weekends ni kalau ada yg tak buat apa2
Apa kata kita cuba buat doodle sendiri nak tak?
Actually bukannya buat sendiri tapi
tetap ada feel kita boleh cipta doodle
seperti yg kita nakkan..

 
Comel tak?
 Ni aku version doodle.. huahua!
 
Aku tak pernah lagi main game dress up,
kecuali yg aku jumpa di deviantart ni,
Menarik juga bila dah cuba tu,
Jadi yg teringin nak cuba tu
jom ikuti doodle di bawah ni:

1. Hetalia Dress up game version 2.
Hetalia versi chibi utk lelaki & Perempuan,
Ada banyak choices of cloths and style..
Kalau nak buat doodle mcm ni,
click banner di bawah:
 
 
 
2. Hetalia Dress up game version 1.
Hetalia versi anime dan chibi utk
character lelaki & perempuan
choices kurang berbanding version 2 di atas tu.
Nak buat doodle jenis ni,
click banner dibawah:
 
 
 
3. Luffy Dress Up game.
Cuma ada character luffy je dgn pelbagai jenis
pakaian utk dicuba ^^
Tapi comel-comel semuanya
Click banner dibawah:
 
 
 
4. Hipster Dress Up Game.
Ni pula ada dua version satu yg lelaki
satu lgi yg perempuan..
Tak byk choices tpi still best
Click banner pilih versi yg mana satu:
 
 
Gambar-gambar yg aku letak
diatas tu semua ialah doodle yg aku buat dlm link tu..
Ada bakat jdi fashion designer tak? Hahaha..
Kalau nak screenshot hasil kita tu:
Alt + Prt Sc --->  Buka Paint ----> Ctrl + V / Paste
 
 
Ada banyak lagi actually,
kalau rajin check je kt deviantart.com
cuma type sahaja Dress up Game mcm-mcm keluar.
Kalau tak rajin ni aku kasi link
dari artist yg sama..
 
 
   
 
 
 
 
Selamat mencuba! ^_^
p/s: All Right reserved to the deviantart artist mentioned above
 
 
 
Aku Malas pun masukkan
doodle aku ni dlm entry dia xD



Thursday, October 4, 2012

1 little 2 little 3 Little Muslim

Assalamualaikum,

Hari itu sedang berblogwalking,
ada blogger memperkenalkan Haddad Alwi,
Maaf aku lupa link blog, kalau tak boleh letakkan sekali di dalam blog ini.
Aku tak pernah lagi dengar lagu Haddad Alwi ni rasanya,
jadi aku pun click cuba try.
Sekali rasa macam familiar pula.

Lepas tu barulah aku perasan,
Haddad Alwi ni ialah org yang pernah
membuat album Nasheed Kanak-kanak,
Cinta Rasul.

Bagi aku lagu nasheed ni makin indah,
dari versi yg pertama yg aku dengar (iaitu waktu kecil2 dulu)
Sebab apa? Dia siap selitkan sedikit Rap
yg mungkin dpt menarik minat bukan sahaja kanak-kanak,
malah golongan remaja..
 

Haddad Alwi - Rindu Muhammad ku..
Lagunya pun dalam versi Arab + indonesia

Lagu yang aku dengar dulu pula,
ialah fully Arab so kitorg menyanyi pun part chorus dia je,
lagi satu waktu ni
Cinta Rasul ada 2 penyanyi vokal utama iaitu
Haddad Alwi dan juga Sulis, gadis perempuan indonesia
yg punyai suara yg sangat merdu.
Cuba try dengar version yg asal di bawah ni


Cinta Rasul - Ya Robbi bil Mustofa
Ya Rasulullah Salamun Alaika

Actually takdelah nostalgic mana pun..
Baru je beberapa tahun kan?
Tapi alhamdulillah, tgk usaha Haddad Alwi tu
dari dulu sampai sekarang masih lagi 
menyebarkan dakwah utk little muslim kita ni ^^

Ini dia Hadid Alwi, rupa dia mcm org Pakistan,
aku pun tak tahu dia berasal daripada mana..
suara dia memang sedap ^^

Ini pula Sulis, sudah dewasa dia sekarang,
waktu Cinta Rasul dahulu kecil molek je dia ni. 

Sebab dulu kalau keluar naik kereta je,
memang CD-CD Nasheed lah yg akan dipasangkan..
Sekarang ni takpe sebab dah ada Ikim.fm
mcm2 nasheed yg latest boleh dgr,
aku yg kadang2 'ter'tukar hitz.fm =.=
selalu kena marah dengan ibu suruh tukar ikim balik..

Orang kata budak-budak ni cepat tangkap,
benda yg dia selalu dengar tu dia akan terikut-ikut.
Jadi waktu dia kecil-kecillah kita kena
selalukan beri dia dengar benda2 yg elok,
seperti nasheed kanak-kanak yg 
sekarang ni makin banyak kan? ^^

Sedangkan my nephew yg kecil lagi tu
boleh menyanyi lagu Big Bang Wow.. Fantastic Baby, dance..
apatah lagi lagu nasheed yg kebanyakannya dlm
Bahasa kita sendiri..

Kalau nak anak kita oversea sikit,
Ada je Islamic children's songs dalam versi Inggeris,
Iaitu dari Yusuf Islam. 
Diantara best seller of Muslim children's Songs.
Dulu aku sangat menyukai semua lagunya,
lebih-lebih lagu dalam albumnya I look I see.
 
Lagunya semuanya dalam bahasa Inggeris + Arabic
Dan menarik-menarik semuanya..
Lagunya antara yg famous dulu ialah My Mother,
selalu dimainkan di kaca TV.


Lagu ni antara yang aku paling suka..
I look I look I see, I see
Sampai sekarang pun suka lagi
children songs ni ^^

Antara lagu-lagu nasheed yg best2
boleh kita share dengan kanak-kanak ^^
 
Raihan, dulu terhafalnya 
nama 25 Rasul pun sebab Nasheed dari Raihan lah..
banyak lagi lagu2 menarik dari Raihan
utk kanak-kanak serta semua golongan ^^

Zain Bhika, zain bhika ni ada juga buat
nasheed songs untuk kanak-kanak,
contohnya lagu Flowers are Red
dan juga Pizza in his Pocket.


Maher Zain, tipu lah kalau ckp tak dgr kan?
Lagu Maher Zain pun best2 
anak saudara aku sorg tu suka nyanyi lagu Alhamdulillah..
Tapi part chorus je lah, dia ulang byk2 kali xD

 
Sekarang ni aku pun kurang up-to-date,
apa lagi eh kumpulan nasheed kanak-kanak yg best sekarang
dekat Malaysia?


Wednesday, October 3, 2012

Jom follow - Aku Cuma Seorang Kulikutif !!! Ohsem giveaway

Assalamualaikum,

Semalam aku ditagged oleh Y U No Dedeq,
untuk join satu GA dari Blogger yg aku kenal juga lah..
Aku mengikuti juga cerita di blog
tuan segmen ni, iaitu Remy Hazza.
Disebabkan dia pun rajin terjah aku,
korang boleh tgk nama dia di bloglist aku.


Nak cerita sikit tentang Remy ni?
haa.. Remy ni orang utagha, samalah kita!
Asalnya dari Taipeng, Perak..
Dia seorang Kulikutif, seperti yg tertera di tajuk GA tu.

Nama sebenar dia aku pun tak tahu,
maaflah Remy..
ke memang nama sebenar Remy Hazza?
Itu tuan blog dia lah yg kena menjawab..

Blog dia selain entry yg menarik,
juga turut boleh membuatkan aku terliur..
Sebab banyak entry dia yg letakkan
gambar-gambar makanan yg menarik gitu..
Dari makanan dalam negara,
hingga lah ke tema luar negara..
So tak rugi pun kita ambil tahu..

Sekarang ni,
aku nak tagged pula dua mangsa..


Ym.Bundle, jangan pulak fikir yg bukan-bukan,
walaupun nama Blog Sampah, entry dia best-best owh ^_^
Seorang yg peramah juga, cuba lah pergi terjah dia
kalau tak percaya..
 
Cik Aini, Blog ni pun best juga..
Ada nasihat dan mcm2 lagi..
Jom lah terjah juga ;D
 
Sama-sama kita ramaikan Follower Remy~
Misi dia ialah utk mendapatkan 1k follower
sebelum tamatnya tahun 2012,
InshaAllah sempat.. ^^
Jom follow mollow


Tuesday, October 2, 2012

Hantu Omputih Wooo

Assalamualaikum

Amboi, hari ini berani lah pula kan?
Siap nak buat post tentang hantu lagi..
Taklah, korang jangan lah risau..
Aku ni penakut bukannya nak buat cerita 18SG,
maklumlah, dalam blog aku ni ada juga yg under 18
kan adik-adik semua? ^_^ (ada kan? kan?)

Aku tahu semua orang pernah dengar Zombie,
atau apa yang aku panggil Hantu Omputih,
sebab hantu ni org putih yg reka.
Zombie ni ialah mayat yg dihidupkan kembali,
dengan menggunakan kegiatan sihir. wAllahualam.
Setakat ni tak pernah jumpa lgi yg live2


Aku pertama kali nampak zombie ialah dalam filem,
Waktu kecil lagi iaitu dalam Pendekar Bujang Lapok.
Tapi mereka gelarkan zombie itu sebagai mambang,
kan ada jampi-jampi mereka tu,
Tapi Zombie dalam tu semuanya kelakar,
tak silap aku mereka siap berjoget lagi..

Lupakan Zombie yg kelakar tu,
Nak cerita tentang Zombie yang menakutkan pula,
waktu tu aku tengok I Am Legend,
dengan jiran-jiran bilik aku..


Kitorang pergi midnight show.
Wa cakap lu, boleh kena heart attack owh..
Suspen dia satu, pastu adegan yg dikejutkan oleh zombie
dalam cerita tu, MashaAllah =.="
Kitorg yg konon2 berani tu terpaksa balik kampus naik teksi
hantar sampai depan kampus lagi.

Lepas tu, terus aku tak layan cerita-cerita zombie ni..
Cerita macam Zombieland, Resident Evil, dan macam2 lagi
(kecuali Zombie kampung Pisang)
Bagi aku mengarut je,
Mana taknya.. tak logik lah kalau ada pula
puak-puak jadi zombie dan ada pula
hero-hero mereka yg xjadi zombie..

Tak lama beberapa tu,
timbul pula Game yg menjadi trend baru di kampusku.
Mana taknya, aku pergi mana-mana bilik
semuanya sedang bermain game Plant VS Zombie.
Aku pun apa lagi, pinjam hardisk dari kawan
dan install di laptop sendiri.
Balik dari kelas, time buat assignment,
game itu lah yg dihadapnya..


Antara ramai-ramai kawan aku tu,
aku yang paling cepat habiskan semua stage.
So aku ni kira pro lah juga antara mereka
Bukannya membangga ke apa, tapi,

Waktu kitorg ada Group Discussion dulu
Adalah budak perempuan yg dlm group sama tu,
dia ckp alang-alang dia bawak laptop tu, dia
mintak aku tlg selesaikan stage yg dia tak lepas..
Aku pun macam hero cowboy meniup bucu pistol lah.
perah santan

Tapi itu dulu,
game tu famous selama beberapa minggu je..
Lepas tu semua dah tak layan kan?
Sebabnya macam-macam lagi game Zombie
muncul selepas tu..

Antaranya

Zombie Farm, Korang tanam-tanam Zombie
untuk pergi serang tempat lain. 
Tak silap aku game ni dlm FB,
sesuai lah utk org2 yg dengki kt orang lain xD

 Zombie Cafe, Korang sediakan makanan utk Zombie.
Dan perbesarkan perniagaan korang..
 
 Zombie Restaurant, macam Zombie Cafe beza dia
Restaurant..
 
 No Zombies Allowed, Ni pula bina tempat
survivor utk pelarian yg selamat dari serangan Zombie.
 
 

Tapi..

 
 
 
ini semua Zombie yg friendly punya game..
Nak tau game-game Zombie yg ganas?
Ni ha..!
 

 
Gears & Guts, Ni pula game kereta.
Tapi bukan sebarangan game kereta..
Korang akan gunakan kereta yg diupgrade utk langgar Zombie..
fuuh xD
 
Left 4 Dead, Ni bagi peminat game tembak-tembak,
Macam Counter Strike, Sudden Attack (OKje tau game ni)
Tapi bezanya, ialah kita main tembak-tembak hantu,
jadi bagi yg nak main malam-malam tu
fikir lah sepuluh kali.. sebab seram wooo
 
Resident Evil, bagi yg dh tgk cerita ni
di pawagam.. game dia berkali-kali ganda lagi takut xD
 
Silent Hill, aku pernah main yg version
di hospital dan kebetulan waktu malam,
seram betul tpi nasib baik ada adik aku teman haha..
Orang cakap game ni ada unsur iluminati,
wAllahualam aku pun main sekejap je lepas tu tak minat..
 
 
 
 Dah macam Penjual Game pula aku ni..
hahah, Actually ada banyak lagi aku pun tak ingat apa lagi
dan dalam byk-byk Game tu
ada satu je game yg aku still main sekarang ni..
Agak-agak game yg mana tu? ;P

Monday, October 1, 2012

Realiti Menjadi Mimpi?

Assalamualaikum,

Sesekali aku buka jendela rumahku,
terlihat kelibat beberapa Pakcik Rukun Tetangga,
bersemangat sekali mereka membersihkan padang yang terletak
betul-betul di hadapan rumah aku.
Macam tak percaya sahaja,
yang Green Day akan datang membuat persembahan
di kampung aku.

Aku pun keluar dari rumah dan pergi membantu mereka,
sambil tu aku bertanya,
"Is it true that Green Day will come perform in here?"
Seorang pakcik terus menjawab,
"Nahh..".

Aku kebingungan,
Habis tu kenapa kita beriya-riya
nak membersihkan padang ni?
Selepas itu mereka semua berhenti bekerja..
Nampaknya bukan aku seorang yang blur.
Lalu seorang menjerit memberitahu Green Day sudah tiba.


Terus semua pakcik tu meninggalkan segala
jenis pekerjaan yang dibuat dan masing-masing
menaiki kenderaan untuk ke Pekan.
Katanya Green Day akan perform di sana.


Aku lihat Abang dan adik aku sudah siap didalam kereta,
wahh, aku ni masih lagi berbaju PJ.
Abang aku menjerit "Hurry up! Go get change"
Terus aku berlari di dalam rumah dan ke bilik.
Sesudah siap, aku intai di luar jendela,
melihat abangku masih lagi menantiku.

Aku pun ke dapur sebentar,
mencari sesuatu untuk mengisi perut.
Ternampak pula Cheezy Wedges dalam peti sejuk,
Wedges + cheese buatan sendiri yg dijual oleh Iffah Afeefah.
Pelik juga, walhal aku tak pernah beli lagi daripada dia.


Om nom nom,
sedap pula cheezy wedges ni..
berkelah pula dulu depan peti sejuk tu.
Lantas abang & adikku terus meninggalkan aku.
Aku yang masih lagi di dapur menikmatinya.

Aku terdengar bunyi kereta abangku
telah pergi meninggalkan aku,
terasa sepi dan sayu je di dalam rumah.
Ye lah, kiranya aku ni dah termissed concert Green Day.
Aku duduk sambil menangis di atas kerusi sofa.


Kemudian, datang pula ibu bertanya kenapa.
Aku menceritakan segalanya kepada ibuku,
lalu ibu nak offer untuk menghantar aku.



Waktu ni, aku kembali ceria.
Sayang betul dgn ibuku
yang sanggup melayan kerenah anaknya.
Jadi kami pergi bersama, walaupun sudah terlambat.
Aku memasang niat biarlah dapat dengar lagu terakhir mereka pun,
tak mengapa asalkan aku dapat pergi.

Kami pergi berjalan kaki sahaja dari rumah
ke concert tu, di Pekan.
Ianya diadakan di dalam sebuah bangunan yg besar.


Semakin kami menghampir ke bangunan tersebut,
Aku ternampak pula aksi Billie Joe, Mike Dirnt dan Tre Cool
iaitu ahli kumpulan Green Day ni,
sedang berlari keluar daripada bangunan itu.
Mereka memerhati keadaan sekeliling sambil berlari.
"Whats wrong with them?" aku berbisik sendirian.
Lari dari peminat agaknya..


Dan mereka masuk ke sebuah rumah yg
tidak jauh dari bangunan tersebut,
mereka bertiga sahaja.
Jadi aku pun mengikuti mereka ke dalam rumah tersebut.
Ye lah, tujuan aku pergi hanya untuk bergambar.


Kat situ aku bersembang macam-macam dengan diorang,
kira macam mimpi yang terindah aku lah..
Lepas tu aku ajak bergambar,
Camera tak bawa jadi gunakan phone sahaja.


Ibu aku yang tolong ambilkan gambar kitorg,
Aku buat pose macam-macam lagi.
Hati ni tak sabar-sabar untuk update blog,
ye lah dpt bergambar dgn Green Day,
mestilah nak share kan? ;P


Lepas tu aku terjaga..
First thing yg aku check ialah phone
untuk tengok gambar aku dengan Green day..
Alahai, barulah aku sedar semua itu mimpi rupanya..



Eh dah mcm panjang sangat pula entry,
Ingatkan nak cerita tentang mimpi tapi takpelah
mungkin entry2 akan datang lah..

Ada ke yang baca cerita ni sampai habis?
Kalau ada alhamdulillah,
kalau takde pun xpe aku paham xD

p/s: Gambar dari google,
Entah kenapa teringin buat entry bergambar-gambar hari ini.