Saturday, September 1, 2012

"Segmen Jiakreatifelt: Blog aku cantik tak?"

Assalamualaikum,

Hari ini aku ditagged oleh Pipi Merah utk satu contest ni,
Excited tu tag pertama..
Segmen dari Jiakreatifelt [click this to join]


 
Blog aku cantik tak?
Kalau dia tanya aku sendiri sure ak boleh tlg jawabkan, of course la blog aku tak cantik comel aje(perasan)
 
Tapi bak kata Pipi menang xmenang tu belakang cerita kan?
Yang penting utk ukhwah ;D
Jadi niat aku cuma nk kenal
more bloggers yg blognya cantik (eh 
so aku pun join la ^^
 
Dan aku kena tag juga orang lain utk join, so aku tagged ni pun sebab aku rasa blog korang cantik, rugi tau kalau xjoin
 
  • Kawaii DYSHA [cartoon yg dia buat sendiri sgt comel]
  • Anasyg [Lawa blog dia ni ad pensel-pensel lagi]
  • Fifie [Blog ni cantik especially header dia hak2]
  • Nor Zilla Sensei [As I said, semua yg aku pilih ni sbb lawa2 la lol]
Yang aku tak tagged tu bukan sebab blognya xcantik, cuma aku tag 4 org je ;D
So Good luck all!

Amalan sampingan yang sesuai untuk Umat Akhir Zaman

Assalamualaikum,

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang kemungkinan ramai yang sudah tahu. Iaitu mengenai Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. As we all know, Nabi Muhammad ni bukannya calang-calang Nabi, tetapi nabi yang sangat disayangi dan dipeliharai Allah. Dan banyak lagi keistimewaannya, inshaAllah kalau ad masa lagi boleh aku post tentang beliau.
Nabi Adam AS juga pernah berselawat kepada Nabi Muhammad SAW untuk meminta keampunan dari Allah terhadap dosanya. Allah bertanya kepadanya dari mana beliau dapat tahu nama Nabi Muhammad SAW sedangkan pada ketika itu belum diciptakan lagi Nabi Muhammad SAW, lalu jawabnya beliau terlihat nama Nabi Muhammad SAW sebagai penghulu segala Nabi di Arash Allah. SubhanAllah.

Kita ini bertuah kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Sebab ap? banyak keistimewaannya Umat Akhir Zaman ini.Antaranya diakhirat kelak kita akan diletakkan di saf2 hadapan iaitu lebih awal dari Umat2 Nabi sebelum ini.

Juga, tiada seorang pun nabi lain melainkan Nabi Muhammad SAW yang dapat boleh memberi syafaat kepada umatnya.

Special kan Umat Nabi Muhammad SAW ni? Actually memang banyak lagi kelebihannya tapi nak cerita ni je..

Jadi sebagai umat yang sangat disayangi Nabi, janganlah kita lupa kepada orang yg ingin membela nasib kita di akhirat kelak. Banyak-banyakkan lah berselawat ke atas Nabi, seperti title tersebut antara amalan sampingan yang sesuai untuk kita. Disebabkan kita ni sangat busy dgn 'kehidupan dunia' kan? tak salah kalau dalam waktu kita berdiam itu kita berselawat 10 kali pun inshaAllah lama2 jadi banyak. Selamat Beramal, amin.



Actually waktu cari image di yahoo tadi ternampak ad org kafir laknatullah melukis pony Muhammad with some bad insult, dan ramai yg comment funny and more. Nauzubillahi min zalik, If only they know how sad he will be when his umat turn out to be like that ;(

Friday, August 31, 2012

Beratus Beribu Berjuta Followers

Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita sikit apa yang aku dapat dari blogwalking banyak-banyak blog ni, bestnya tgk entry-entry yang menarik. Dan terkejuzz pun ada juga lah, Sebab apa?

Sebab aku tengok followers blogger-blogger ni mashaAllah rame betul!

Yang paling common.. paling koman lah kan.. ataupun depa ckp paling sikit la en.. dalam 100 lebih
yang hebat tu atleast 1k+ followers ok, dan yang blogger outstanding tu dalam 10k+,20k+,30k+ pun ada taw weh!
Aku pun baca la entry dorang, patut la pun..
Ada yang hebat typing dan extraordinary input kan
memang pandai je ambil hati pembaca tu.

Mesti best kan byk blog yang mengikuti perkembangan blog kita.
Ak ni pun baru je nak berjinak-jinak dgn dunia Blog, followers alhamdulillah ad dalam 20 orang, dari xde lgsong yg nk tgk kan? hak2 xD

Semalam aku baca dari blog Nick Nashram dia ada share cara-cara nak tarik hati org jadi followers.
So dalam banyak-banyak tu yang aku rasa setakat ni aku boleh buat ialah blogwalking,
Sebab aku memang suka pun blogwalking baca korang punya kisah macam-macam.

Tadi ibu aku nak cari info tentang studies, dan dia termasuk kat blog sorang engineer perempuan ni. Ada la dia cerita sedikit pengalaman dia dan lain-lain ada letak makanan la tmpt dia pergi la.. So ibu aku pun ckp la eh.. kenapa dia beritahu org semua.. takde privacy langsong habis halayak dunia apa dia buat

 Aku yang terdengar tu, terus memberitahu ibuku.. Haa tu lah nama dia blogging, dia bukannya mendedahkan kehidupan dia secara detail tetapi bla bla bla.. Macam2 aku explain kat ibu aku tadi tau.. tgk betapa semangat blogging nya aku ni.. horraaa!



Apa-apa pun, yang aku nak beritahu disini, sudi-sudilah follow blog saya bagi yang baca ni ;D
even post saya boring-boring bukan apa, atleast saya boleh follow balik juga dan saya ni memang rajin membaca blog orang.. nak promote sikit ni hak2

Aku pun akan terus blogwalking mencari rakan-rakan di serata dunia ^^

Dan hopefully jgnlah follow sbb u follow I follow okay? :(


NoPoPo

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak share lagi satu benda baru yang aku dapat tahu.
Rasanya produk belum ada lagi di Malaysia, tapi pengedarnya ad lah kot

Abang-abang dan kakak-kakak,
Saya memperkenalkan Water Battery, Nopopo! (No Polution Power)
Eco-friendly dan rechargeable. Hanya menggunakan air sahaja!

NoPoPo battery currently cuma ada dalam saiz AA dan AAA. Battery ini bukan setakat boleh dicharge menggunakan air kosong sahaja, malah pelbagai jenis air juga boleh digunakan.. termasuk la air kecil kita katanya
 
 
Cara nak masukkan air ialah menggunakan negative pole nya dgn satu tiub yg khas disediakan dari produk NoPoPo ni.
 
 Ataupun
 Haa lagi senang, just letak dalam cawan yg ada air sahaja dan dia akan charge.


Menarik kan? Pandai diorang ni investigate macam-macam jenis sources, silap haribulan nanti kereta pun diorg boleh jalankan guna air sahaja kan? Maklumlah kereta elektrik pun dah ada sekarang.

Thursday, August 30, 2012

Di hari Hujan

Sedang aku boring blog walking, tiba-tiba hujan turun di luar. Aku pun berhenti menggunakan Laptop kerana memang dari dahulu pantang kalau hujan mesti tak jadi guna peralatan elektrik takut kena marah dengan ayah. Tapi itu rasanya waktu guruh je kot, sebab televisyen aku memang selalu tergendala waktu hujan.

Aku pun duduk di sofa sambil memerhatikan keadaan di luar, teringat lagi waktu kecil-kecil dahulu dimana kami tidak mengendahkan hujan dan terus bermain bola di padang walaupun pada hari hujan. Memang best, nikmatnya bila korang boleh lompat-lompat atas padang tu tanpa hiraukan segala jenis kuman yang hinggap pada badan.

Ada pula buka baju, berlari dgn seluar pendeknya sahaja sambil membawa bola. Walaupun balik itu, selalunya bersedia utk dimarahi.

Jadi hari ini sedang boring-boring ini aku pun nak cuba lagi menikmati hujan sesudah lama aku lupa apa rasanya berlari dalam hujan dalam kegembiraan. (selalunya aku pakai payung bila berlari dalam hujan maklumlah taknak demam)

Aku pun keluar dari pintu rumah, melihat kekiri dan kekanan, Yes! tiada orang.

Satu langkah kehujan, separuh badanku basah.
Lagi satu langkah, hampir basah seluruh badanku.
Okay Ready Set Go!



Poon... Toleh ke kiri
Kereta ibuku baru sampai, ibu baru pulang dari kerja
ah sudah..

Tak jadi la nak merasa jadi budak-budak semula :(

Merdeka kah kita?

Pasti korang semua ada belajar juga sejarah bagaimana Malaysia memperolehi kemerdekaan.
Dimana pada waktu itu, parti-parti politik menjalankan tugas untuk mendapatkan balik keadilan walaupun sesetengah pemimpin mendapat kedudukan yang selesa dalam sistem Malayan Union, mereka masih memikirkan rakyat unlike now.

Eh eh.. Apa yang aku cuba sampaikan ni,
tiba-tiba masuk bab sejarah pulak.

Lupa pula sepatutnya hari ini ialah post tentang hari kemerdekaan.

Jadi, andaikata sesiapa yang ingin ke Stadium Merdeka ke malam ini, make sure la niat anda tu kena betul ya.. kalau aku Niat nak tengok bunga api . Kerana agak menyedihkan pada malam kemerdekaan juga la malam yg ramainya orang kita ditangkap dengan pelbagai kes, nauzubillah.

Kalau malas pun atleast ambil tahu sedikit apa-apa sumbangan yang orang kita lakukan untuk mendapatkan kemerdekaan, nescaya kita akan menghargaai jasa mereka bukanlah membalasnya dengan melakukan perkara-perkara yang memalukan diri kita sendiri ;(

So Malaysian,
Happy  National  Day!
 
sumber gambar dari yahoo, Kawaii la
 

Sword Art Online (SOA)

Hi Assalamualaikum,

Hari ini waktu boring-boring, seperti biasa melakukan favourite past time aku iaitu menonton Anime. Kali ini random anime yg aku lihat ini agak menarik!
Yup, tak rugi kalau korang membazir meluangkan sedikit masa untuk menontonnya, episodenya baru sedikit so kira korang xlambat mana lah kan?
Link : Sword Art Online [laman dari AnimeFreak.tv]


Serba sedikit yang korang nak tahu tentang anime ini,
Player-player tersebut terperangkap dalam permainan game online, dimana mereka tidak dapat pulang ke dunia realiti melainkan ada diantara mereka yang boleh menamatkan game tersebut iaitu ke floor ke-100. Ala-alam Game Ragnarok Online's Endless Tower juga la. Banyak insiden yang menarik dan boleh buat korang kusyuk sampai kucing aku datang tidur sebelah aku pun, aku xperasan.

Monday, August 27, 2012

Happy Eid Dear Musleem

Pics taken from Deviantart
 
 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua orang Islam. Alhamdulillah, jangan sia-siakan pengorbanan kita satu bulan ini dengan dosa sahaja. Kata orang Ramadan ini macam masuk ICU, keluar ICU tidak boleh terus bersenam ke or so on, harus masuk rehability dahulu and more. Sama juga seperti Ramadan, sebab itu disediakan puasa 6 untuk kita.
Apa-apa pun selamat Hari raya ^^
 

Ar Rahman Ar Raheem

Cerita ini saya dapat dari seorang hamba Allah, Pak Imam A.


Perasan atau tidak, apabila Zakat-zakat dikeluarkan kepada si penerima selalunya wajah-wajah penerima zakat ialah wajah orang yg asing dan wajah yang tak pernah aku lihat sebelum ini di Rumah Allah. Bukanlah ingin mengatakan aku ini seorang yang rajin ke Rumah Allah, nauzubillah.

Alangkah manusia sanggup pergi ke rumah Allah untuk mendapat ganjaran yg berbentuk wang ke sedangkan ganjaran pahala yang lebih banyak nilainya tidak banyak memberi influence kepada mereka.

Pak Imam A ialah antara AJK surau A ini, katanya duit yg dikeluarkan untuk diberikan zakat ini ialah duit dari tabung di surau A juga, makanya mereka ingin cuba mengubah sistem yang mereka jalankan selama ini. Pada kali pertama mereka akan memberi zakat kepada semua orang-orang yang berhak menerimanya, dengan syaratnya mereka harus datang ke surau minimum seminggu sekali. Jika tidak, nama mereka akan dipotong daripada menerima zakat pada akan datang.

Alhamdulillah, benda yang baik ini haruslah dibuat dengan paksaan dahulu, jemaah di surau itu makin ramai semenjak mereka memulakan sistem itu. Ada yang sudah kerap datang, dan inshaAllah bukan lagi kerana paksaan itu lagi hendaknya.

Terdapat satu kes dimana ada satu dari penduduk di kawasan itu, anaknya mempunyai satu penyakit dan dia memerlukan RM24 ribu untuk pembedahan. Apabila berita itu sampai ke Pak Imam A, beliau serta sebilangan ahli surau menziarahinya. Pak Imam A berkata "Kami akan cuba membantu tuan semana yang mampu, dengan syarat tuan harus datang ke surau supaya mendapat lebih sokongan,".

Saudara tersebut kerap datang ke surau selepas hari tersebut, sesudah minggu ketiga, Pak Imam A sendiri mengaku beliau agak panic disebabkan duit derma yg mereka sudah kumpul masih tidak mampu untuk menampung duit pembedahan tersebut. Tiba-tiba, saudara tersebut menziarahi Pak Imam A katanya, pada hari itu hatinya tergerak untuk pergi ke pusat zakat dibawah IJN dan alhamdulillah RM24k itu ditanggung dan dia hanya perlu mengeluarkan sebanyak RM1k untuk pembedahan anaknya.

Walaupun kelihatan seperti ikhtiar dia sendiri, hakikatnya itulah bantuan yang diberikan Allah kepada hambanya yang susah serta tidak lupa meminta pertolongan kepadaNya.
Terdapat banyak lagi kisah-kisah yang aku ingin kongsikan tapi malas untuk menaip xD
Apa yang ingin saya katakan disini ialah, bukan sahaja penerima zakat dari rumah Allah bahkan kita semua janganlah sombong untuk meminta pertolongan daripada Allah, kerana Allah maha pemurah lagi maha penyayang. ^^