Friday, September 7, 2012

My Trend Bag

Assalamualaikum

Bercakap tentang bag ni, tiba-tiba teringat waktu di zaman sekolah dahulu.
Waktu aku kecil dulu, beg bergambar kartun memang menjadi trend bagi budak-budak sebaya dengan aku.
Bila tengok beg kawan-kawan aku ada yang bergambar Power Rangers bagi si lelaki,
beg Barbie, Hello kitty dan Mickey mouse pula bagi para pelajar perempuan. Lagi-lagi beg beroda yg tidak kurang famous.
Lepas tu terus aku minta nak beg2 mcm tu juga. Seingat aku waktu darjah 3 aku stop gunakan beg bergambar.

Waktu darjah 4 aku dah tak nak beg-beg bergambar lagi, sebab dah matang kan? cewahh..
So ayah aku yang tolong belikan beg, aku cuma setuju je.
Beg pada waktu itu yang kurang bergambar tapi penuh tulisan jenama sebesar-besarnya.
Contohnya aku pernah pakai beg berjenama Bata, adibas(jenama peniru adidas), power dan macam-macam lagi.

Sewaktu berada di tingkatan 2 kawan-kawan aku pernah menggelarkan aku budak B-first.
Kerana hampir keseluruhan diri aku memakai pakaian yg berjenama B-First. Dari ke baju,seluar,beg,kasut sampailah ke pensel case aku. Aku tak kisah sangat waktu tu, sebab kawan-kawan aku pun ada yang pakai beg B-First juga so kiranya aku tak lari dari trend.
Kalau yang kaya-kaya tu lainlah mereka pakai beg adidas, Nike semua.

Waktu form 3, aku minta duit sendiri dengan ayah aku untuk beli beg. Sebabnya waktu tu mana ada lagi budak pakai B-First kan? malu aku semua budak sekarang trendnya bag yg ada tulisan Graffiti, yang style2. Jadi dengan berbekalan duit tu aku pergi sendiri ke Pusat beli blah Giant.

Hasilnya, aku beli beg yg sangat simple. Plain kelabu, tak silap aku ada gambar kecil2 terjelir lidah. Aku tak kisah, sebab bagi aku itulah beg yang paling lawa pernah aku pakai, juga paling mahal balik rumah kena marah dek ayah aku. Tapi aku rajin jaga beg tu, dari ke tingkatan 3 sampai ke tingkatan 5 aku pakai. (sebab lps tu ayah aku taknak belikan beg dah haha)

Itu cerita waktu zaman sekolah dulu, sekarang ni Aku rasa tak kisah pun pakai bag apa, selagi tiada gambar superman, batman mahupun ultraman di beg tu inshaAllah aku boleh pakai.




Tapi nak dijadikan cerita,
Waktu aku berada di lapangan terbang hari itu, aku dikejutkan lagi dengan satu lagi trend bag terbaru. Iaitu 360 degree spinner wheels luggage.
Haa.. tau tak apa tu?
Itulah travel beg yg membolehkan korang berjalan sambil membawa luggage seperti menarik trolley sebab dia ad 4 wheels.

Aku lihat makcik-makcik dan pakcik-pakcik di airport tu semuanya pesen membawa beg tersebut. Aku lihat beg aku sendiri, beg fabric berwarna brown yang besar gedabak tu dan hanya mempunyai 2 roda. Bila aku tarik beg tersebut, bunyinya agak menyakitkan hati..
Aku juga merasakan banyak mata yg melihat, aku agak mereka berkata eh masih ada lagi beg ni di dalam hati..

panjang betul intro..
Aku yang berlagak seperti sudah tidak mengikut trend ni akhirnya kalah juga dengan trend dan aku sendiri beli travel bag seperti itu..

Tu dia, siap bercorak lagi.. actually aku minat corak yg satu lagi,
tapi adik aku ckp tu macam beg perempuan
So aku pun terpaksa confirmkan satu-satu dari dia yg ni okay tak?
yang tu okay tak?
Last2 ni jadi pilihan sebab..... tak mcm beg perempuan kan? (please say tak)


Best beg ni, memudahkan perjalanan kita, tak perlu gunakan apa-apa daya yg kuat untuk menarik. Korang jalan sahaja sambil letak je tgn dkt atas beg tu dan dia akan turut sama berjalan dgn korang.
jadi sudahkah anda dapatkan beg sebegini utk travel?
kalau belum tu maknanya aku tak ketinggalan lagi la

Thursday, September 6, 2012

Perfume

Assalamualaikum.

Hari ini sewaktu aku sedang bershopping aku menaiki elevator, tiba-tiba masuk 2 orang perempuan dalam elevator yg sedang aku aku gunakan tersebut.
Mereka bertudung dan berpakaian alhamdulillah, cantik betul menutup aurat.
Tapi tiba-tiba aku terbau betapa wanginya perfume dia, mashaAllah..

Perfume atau wangian ni tahu tak apa kegunaannya?
Marilah lihat purpose perfume ni,
ianya digunakan untuk memberi kepuasan kepada pengguna serta memberikan lebih confidence,
dan disebabkan ianya berbau wangi, turut mempunyai fungsi lain untuk seduce dan arouse orang yg berada sekeliling kita..
Dalam kata lain juga, perfume ni boleh digunakan untuk menarik nafsu para lelaki.

Kalau kita lihat dari segi scientific, istilah perfume datangnya dari Pheromone. Iaitu bau yang dikeluarkan oleh serangga untuk menarik serangga yang sama spesies untuk berkawan.


Dalam islam pula, memakai wangian bagi seorang lelaki ialah sunnah Rasulullah SAW.
Bagi aku, lelaki memakai wangian ini tak memberikan impak sangat berbanding perempuan yg memakainya. Ye lah kalau aku sendiri sedang solat di masjid, Pakcik sebelah harum berbau wangian, aku sekadar alhamdulillah wanginya. Takdelah pula nak menimbulkan nafus ke apa-apa ke kan? hak2

Tetapi bagaimana pula dengan perempuan?
Hadis nabi ada menyebutkan,
wangian utk lelaki ialah wangian yg jelas baunya, tersembunyi warnanya.
Wangian untuk perempuan pula sebaliknya, iaitu yang jelas warnanya, tersembunyi baunya.

Apa yang kita faham daripada situ, kalaulah seorang perempuan itu ingin menutup bau badannya sekalipun, gunalah produk-produk yang menutup/meneutralkan bau badan kita bukanlah yang mengantikan bau badan kita dengan sesuatu yang lebih harum.

Kerana perempuan yang menggunakan wangian hukumnya haram jika dia ingin menggunakannya dalam tujuan keluar dari rumah.
Allah juga tidak menerima solatnya jika dia pergi ke rumah Allah dgn memakai wangian, melainkan dia pulang dan mandi dahulu.

Dan yang seperti kes terjadi tadi,
Perempuan yang membiarkan bau haruman dari wangian tersebut dihidu oleh lelaki lain,
hukumnya bagi perempuan tersebut ialah seperti dia berzina, nauzubillahi min zalik.

Begitu sekali hukuman yg Allah letak kepada perempuan, bagi aku perempuan itu sudah sangat indah diciptakan Allah rupa paras mereka, juga dikatakan perempuan itu ialah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan ialah perempuan yang soleh.
Jadi tak perlulah lagi menggunakan lebih banyak tarikan untuk menarik lagi si lelaki ini, bak kata Bruno mars, you are beautiful just the way you are.

Kalau nak juga guna perfume macam mana tu?
Haa.. kalau nak guna juga tak salah, guna je dekat dalam rumah..
jika gunakan sewaktu berada bersama suami di dalam rumah hukumnya jadi harus kalau begitu ^^
Sama-sama kita memperingati~

Wednesday, September 5, 2012

100 kali Senyuuum

Assalamualaikum,

Hari ini aku sangat gembira, lepas aku pulang ke rumah tadi aku lihat followers dah pun bertambah ke 100. Alhamdulillah Alhamdulillah. Tersenyum aku non-stop sampai sekarang ni, menaip sambil senyum ni tau.. percaya tak? hak2
Nasib baik takde org kat sini tengok xD (sudah macam kerang busuk)

Aku disini ingin mengucapkan beratus-ratusan terima kasih kepada yang sudi datang membaca, mem-follow, serta meng-comment entry-entry aku.
Jasa baik anda semua amatlah dihargai.
Terima kasih juga kepada Followers yang ke 100 ialah lelamaisara dari blog CUTE MAMA. Kenapa cute? sebab aku rasa baby dia adalah sgt cute, tuan punya blog dan blognya juga memang sepadanlah dengan nama tu.. Eh ni bukan membodek ye, kalau tak percaya pergi lah terjah sendiri ^^


Ini bukan utk kasi, sebab aku sendiri 
ambil dari laman web deviantart je xD
 

Aku tahu bagi sesetengah bloggers, 100 tu memanglah tak ramai, seperti yang aku nyatakan di entry yg lepas-lepas, Beratus Beribu Berjuta Followers.
Namun selepas itu aku dapat komen dari Mr Copy Paste, yang membetulkan pendapat aku.
Kita bloging ni bukan utk cari followers tetapi untuk mencari readers,
kalau ikhlas insyaAllah dapat pakej followers sekali kan?

So aku ubah prinsip aku, kurangkan i follow  u follow tapi cuba juga untuk mengikuti entry-entry yang latest dari blogger ^^
Maklumlah sekarang ni pun sedang cuti semester jadi ada sedikit waktu yang lapang sebelum bermulanya class pada sem yang akan datang. InshaAllah aku akan memperuntukan masa membaca entry yg menarik korang tu.
Jadi tuan-tuan dan puan puan,
Nantikanlah kedatangan saya ya! (cewahh!)

Larangan Politik Di Masjid?

Assalamualaikum,

Hari ini aku ingin share sedikit tentamg berita yang baru sahaja terjadi tempoh hari.
Baru-baru ini Peribumi Perkasa Negara, atau lebih dikenali dengan panggilan PERKASA telah membuat serangan di Masjid sewaktu Anuar Ibrahim sedang memberikan tazkirah disitu.
Alasan mereka ialah No Politic's Story inside Masjid.

Politik dari segi islam ialah pengurusan atau segala urusan berkenaan umat Islam. Luas maknanya tu, masalah tentang rumah tangga kita pun disebutkan sebagai politik, bagi seorang suami. Bukan sahaja parti X vs Parti Y ye..

Dan sebenarnya tiada pun larangan untuk berpolitik di dalam masjid, kerana pada zaman Rasulullah SAW sendiri beliau menggunakan masjid untuk pelbagai tujuan juga untuk menggerakkan ummah. Selain daripada tempat ibadah, ia juga digunakan sebagai pusat pentadbiran, pusat menimba Ilmu, pusat berinteraksi sesama Islam, pusat kehakiman dan sebagainya. Beliau juga banyak menyelesaikan pelbagai perlingkahan antara sesama umat islam di situ.

 
Yang menjadi larangannya ialah menggunakan masjid sebagai tempat mengumpat, menfitnah atau yang sebaris dengannya.
Jadi tak perlulah membazir tenaga buat kain rentang lagi Kami Menentang Pengunaan Masjid sebagai tempat berpolitik bagai. Kalau nak buat juga, buat je kain rentang Kami menentang Parti Y.

Sebab kalau mereka kata tak suka berpolitik di masjid, actually, kat kawasan masjid sekitar rumah aku pun ada sahaja Parti X datang berkempen, siap memasang khemah lagi.
Namun tiada pula apa-apa tindakan sebegini, sebab ianya halal.. ^^


Amaran : Video ini menyakitkan hati
 
Aku rasa sedih lepas tengok video ni, sebab apa?
Firstnya sebab yg terlibat dalam video tu semuanya orang kita sendiri, Islam. ;(
MashaAllah, kan ke dia tu sedang elok memberikan tazkirah, mereka ni pula memikik2 kat luar rumah Allah tu.
Ada yg siap count, 1 - 2 - 3 lagi untuk buat bising sebab tak puas hati sebab org lain kyusuk dengar tazkirah tu. Elok lagi kalau dia pi masuk sekali dengar, atleast dpt pahala ^^

Lagi satu sebabnya ialah bila baca comment di video ni, nauzubillahi min zalik. Orang tu kan dah berdosa, jadi yang kita ni pula tak perlulah nak turut sama mendapat dosa dgn mengeluarkan kata-kata yg kesat, serta tak elok mata memandang.

Akhirnya, kepada pro parti politk, kalau nak benci satu parti tu simpan dulu dalam hati kebencian tu, pilihan raya datang nanti lepaskanlah kebencian anda. Tak perlulah saling menjatuhkan maruah diri sendiri bergaduh sesama kita, orang Islam. Malu dek orang kafir, nauzubillah.

p/s : Aku actually terpegun juga lihat Dr Anuar Ibrahim tu still steady je bagi tazkirah even ramai dok terpekik-pekik di luar tu. xD (kalau aku yg mendengar tu pun xdpt fokos dah =.=)
Lastly terdiam semuanya bila jemaah berselawat apabila tazkirah dah tamat.

Tuesday, September 4, 2012

Warren Buffet

Assalamualaikum

Agak-agaknya korang semua kenal tak siapa tu Warren Buffet? Warren Buffet ni ialah antara orang yg terkaya di dunia. Tapi kali ini aku bukannya nak bercakap tentang Warren Buffet yg kaya tu. Tapi..

Hari ini aku nak bercakap tentang kucing aku.
Actually nama dia pun Warren Buffett..
Dia ni kucing betina, keluarga kami bela sejak dari kecil lagi.

Sejarah hidupnya? Aku pun kurang pasti, memang dari lahir dia ad disini rasanya.
Ibunya pun ada tetapi jarang balik rumah, bak kata lain ibu dia ni kira macam perempuan jalanan la bagi si kucing kan?
Si Warren buffet ni comel tapi garang juga sometimes. And kadang2 gila pun ada main lari sorang-sorang kehulur-kehilir, sampaikan asyik terlanggar org yg tgh berjalan tu.


Ini gambar si Warren Buffett, kelakar x muka dia? Siap ada misai Charlie Chaplin lagi..


Warren Buffet ni agak sombong dgn kucing-kucing lain. Pantang dia nampak kucing lain dekat luar rumah terus dia akan buat bunyi garang, then, lari bawah meja lah lari naik tingkat atas lah.. tu la berlagak, tapi penakut juga kucing aku ni. Waktu tu jgn harap la nak sentuh dia, semua benda dia marah.

Orang cakap konon-konon tough la en..

Warren Buffet dgn aksi dia semasa hunting,
cara dia stretching tu memang menarik..


Tapi, sekarang ni dia dah makin nakal, pandai curi makanan atas meja tu. Bila tengok dia balik dari dapur kitorang syak dia mesti ada ambil apa-apa ni, sebab mulutnya mengunyah lepas tu terjilat-jilat kakinya.

Sekitar kawasan rumah aku ni ada seekor anak kucing kecil, liar rasanya. Kami panggil dia Tiny. Kitorg tak bela pun Tiny ni. Sebab dia ni suka buang air besar kat dalam rumah, sebab tu kitorg tak benarkan dia masuk..

Tiny ni pula berani, berbeza dengan Warren Buffet. Selamba je masuk rumah kami, even si Warren Buffet ni buat bunyi garang dekat Tiny (meanwhile Buffet menyorok bawah meja), dia pula buat tak tahu sahaja dekat Warren Buffet.
Kata ibuku, Warren Buffet ni pandai panjat meja curi makanan pun lepas dia nampak Tiny buat macam tu lah. So kiranya influenced dari Tiny la ni! grr..
Nasib baik kau comel.

Walaupun aku jarang berada di rumah, sekali sekalap best juga dapat usap-usap si Warren Buffett, cuma tak boleh lama-lama la .. Sebab dia ni busy je kerjanya xreti duduk diam sentiasa ada-ada je nak jalan kemana-mana.

Sebenarnya risau juga aku, sebab Warren Buffet ni kan tak pandai nk bersosial dengan kucing-kucing lain, macam tak ada harapan la aku nak merasa menimang cucu ni.. hak2 :(


Kalau perasan ad samar-samar tertulis Lam Lam Ha pada bulu Warren Buffet ni.




Monday, September 3, 2012

Homestay > Hotel

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak share sedikit, kenapa aku lebih suka homestay dari Hotel. Selalunya kalau kami sekeluarga nak bercuti lama, segan pula untuk menetap lama di rumah saudara kan? ataupun gathering hari keluarga or so on.. Homestaylah pilihan yang bijak.
Tapi, kalau keluarga kita tak ramai, seperti pasangan yang baru kahwin atau anak-anak yang masih kecil-kecil, duduk hotel pun okay je..

Nak-nak  Hotel selalunya ada swimming pool kan? waktu kecil2 dulu memang excited habis kalau bawa pergi hotel, sebab nak mandi swimming pool.
Tapi sekarang ni dah besar so takdelah excited sgt macam dulu kala.

Sebab apa aku kata homestay ni lagi bagus? mari ikuti entry kali ini.

 
Kebanyakannya tuan rumah homestay ialah orang kita sendiri, jadi dalam pada kita bercuti atau menghadiri apa-apa occasion, kita dapat sekali membantu ekonomi org kita kan? Dapat pahala tu nak. Bukan apa, jaranglah kalau hotel yang besar-besar ni dipegang oleh org kita.

Sebenarnya lebih selamat kalau kita pilih homestay, bebas dari segala jenis kemungkinan. Actually bukannya nak bercakap buruk tentang hotel, ada certain yang bagus tu bagus.
Cuma hampir keseluruhan hotel menyediakan minuman alcoholic, seperti wine dan beer.
So yakinkah kita bilik yang kita duduk tu betul-betul bersih?
Kadang-kadang nak letak makanan dalam fridge dia pun takut. Mana tak nya, wine ada je elok-elok tersusun dalam tu.

Kes ini pun ada ramai yang tak perasan, kalau kita nak tidur di hotel. Make sure bawalah kompas kiblat untuk digunakan sewaktu solat,
sebabnya dah terjadi lebih kurang 3 kali di hotel, kiblat di kompasnya lain dgn sign yg pihak mereka sediakan, nauzubillah. (kami gunakan more than 1 compass to confirmkan)
Tak susah pun, sekarang ni dah ramai pakai smart phone kan? download je applicationnya.
Homestay pula, setakat yang aku pernah duduk alhamdulillah, semuanya terjaga dengan baik.

Of course la Homestay lebih besar daripada bilik di hotel kan? paling minima ialah 2 bilik tidur 1 living room dan harganya jauh lebih murah berbanding kita ambil 2 bilik di hotel.
Cuma layanannya taklah seperti dihotel, tidak disediakan makanan and so on, terpaksalah buat sendiri.
Tapi free to sneak in durian LOL.

Air conditioner? haa.. jangan ingat Hotel je ada air conditioner tau!
sekarang ni Homestay-homestay dah maju kebanyakannya fully air cond, atau tidak, but still hampir semuanya memiliki air cond. Semuanya boleh dilihat through iklan kan? so pilih la yg fully air cond kalau nak.

Bagi orang yang menetap lebih dari satu hari, amatlah di-recommend. Sebab penjaga homestay ni lagi suka kalau korang menetap lama so senang nak negotiate harga, makin lama kita duduk akan jadi lebih murah inshaAllah. Kalau hotel, korang buat baik dgn reception tu belum tentu diorang kasi harga murah kan? hahah joke aside.

So, bagi yang first time dapat info ni, macam mana nak book homestay?
Mudah sahaja, lepas sudah plan tempat yang nak pergi,
pergi ke carihomestay.net [pilih lokasi tempat yang kita nak cari]
atau mudah.my [Click location anda di map tersebut dan under section Travel, Accomodation]




Sebenarnya, aku dalam proses mengiklankan homestay ni, sebab tu lah bukan main lagi post kali ni, hak2..
so andaikata kalau tahu others website yang boleh digunakan utk mencari homestay tu harap dapat kongsi sekali ^^

Sunday, September 2, 2012

The Big Bang Theory

Assalamualaikum

Hari ini aku nak share aku punya Favourite's English TV Show. Mungkin ada yang pernah tengok cerita ni dah lama dah, tapi aku baru je kenal show ni tahun ini. Biasalah waktu tu aku sedang boring menanti season baru dari How I met Your Mother, so aku pun mencari something else yang best untuk tgk dan terjumpa The Big Bang Theory.

Kepada Kpop lover,  jangan terconfuse pula dengan Big Bang Fantastic Baby okay.. Haha


Cerita ini berkisarkan adegan-adegan lucu 4 orang sahabat lelaki, 3 Physicist dan seorang Engineer kalau xsilap. Mereka memang pandai (of course la Physicist tu) serta sgt geeks, meminati Superhero lak tu. Ianya cerita komedi, of course la komedinya jenis yg high class punya tau, sebab ada juga certain part yang aku tak paham, yelah maybe sebab istilah-istilah scientific dan physics digunakan dalam jokes mereka, or English level aku sangat low hak2

Sheldon Copper, seorang Physicist yang Genius, lurus bendul, banyak bercakap dan perangainya sangat kelakar dan adorable macam robot pun ad.. Rasanya sebab dia ni la The Big Bang Theory jadi menarik.
Leonard, iaitu Housemate Sheldon, dia ni pun nerd juga tapi agak matured sikit berbanding all those 3 others character.
Raj, berasal dari India dan accent dia kadang-kadang mencuit hati para penonton. Dia juga ada penyakit tak boleh bercakap dgn perempuan except bila minum alcohol.
Last sekali Howards, the creepier guy in the team. Seorang yang gatal dan rambutnya mcm the Beetles. xD

Apa yang korang perlu tahu tentang cerita ini?
Actually aku pun xtahu bagaimana nak bagi synopsis kalau cerita yg panjang-panjang begini.
Tapi ap-apa pun memang best, Kalau nak tahu jom review sikit sedikit scene yang mungkin menarik dalam filem ini:


Our whole universe was in a hot dense state,
Then nearly fourteen billion years ago expansion started.
Wait...
The Earth began to cool,
The autotrophs began to drool,
Neanderthals developed tools,
We built a wall (we built the pyramids),
Math, science, history, unraveling the mysteries,
That all started with the big bang!


Selalunya aku tengok online di laman web ini WatchBigBangTheory
[click link, dan pilih gorillavid, selalunya it gives the faster video]

p/s: Nak lihat tu boleh tapi xboleh la terikut2 cara lifestyle mereka ni kan? ;D sebab tu la dulu masa kecil2 ibu aku larang ak tengok cerita friends, katanya tak elok, tapi la ni, aku tengok juga -.-"