Friday, September 14, 2012

Y U NO Post hah?

Assalamualaikum,

Aku actually sedang bersiap-siap packing untuk pulang ke universiti,
rasa tak sah pula kalau tak update sehari..
maklumlah orang busy katakan,
last-last minute baru nak packing semua hak2

Semalam aku ketawa melihat chatbox aku,
disebabkan aku baru letak emoticon baru
Iaitu Y U NO guy dari Rage Comic..
Muka dia kelakar dan sgt annoying
 
 
Ni muka dia, kelakar tak? xD
Aku agak tak siapa boleh buat reaksi muka macam ni
Aku dah try kot dpn mirror tak jadi. lol.
 
 
So ada blogger-blogger ni yg
hantar messege kt cbox aku guna emoticon ni xD
contohnya:
 
 
Ada lagi yg depa hantar especially dari si DEDEQ ni,
hahaha kelakar tak?
Kalau tak kelakar juga, korg sendiri la hantar kat aku xD
 
Meanwhile, bila post benda ni, aku pun teringat
website yang kita boleh gunakan untuk buat Rage Comic sendiri
Agak-agak pernah tengok tak komik sebegini?
Kalau tak pernah lucky la sebab
blog aku ni kira blog pertama korang baca Rage comic.. cewahh
 
 
Ok jom baca sikit komik tah pape yg aku buat ni :
 
Amaran: Tiada kena mengena antara sesiapa
 
1. Update Blog
 
 2. Comment Entry
 
 
 
okay tau la best sgt
sebab aku ni bukannya berjiwa seni nak buat ni haha..
korang teringin tak nak buat? Senang je..
Click je kt website Rage Comic ni..
Ada macam-macam pics korang boleh pilih kt situ
cuma kena pikir jalan cerita je ^^
 
 
Dah siap nanti share-share lah eh, boleh juga aku baca ^^
 
 
 
P/S: Esok pagi-pagi buta lagi aku akan bertolak,
Tak mintak tolong hantarkan,
tapi nak mintak tolong doakan aku selamat
sampai ke destinasi yg ditujui, amin ya rabbal alamin.
 
 

Thursday, September 13, 2012

Padah Berblogging Malam Buta

Assalamualaikum,

Malam semalam,
aku tidur lambat gara-gara menonton anime dgn blogwalking.
Dalam keasyikan membaca entry tu ada aku terlihat video prank
dan tak berani nk tgk further takut2 aku tertengok video hantu plak lepas tu..
masin pula mulut waktu tu.

Memang aku terbaca kisah hantu pula dekat blog org
Tak tengok pula tajuk dia pun main baca je,
dah lah malam-malam buta tu.
Disebabkan dah terbaca, maka aku pun terpaksa habiskanlah
atleast boleh comment nanti kan xD
Tapi tengah-tengah suspen tu aku dengar bunyi dekat luar.

Ah sudah,
Apa lagi aku beranikan diri lihat jendela di Ruang tamu tu.
Of course la aku tak expect siapa2 pun kan haha..
Terus aku tutup laptop dan tutup lampu,
lalu berbaring di atas kerusi sofa di situ.
Dah malas nak naik ke bilik tidur.

Kali ini aku terdengar anjing di rumah yg berdekatan pula menyalak..
Kata orang kalau anjing tu menyalak malam-malam buta ni,
tau-tau ah sebab apa kan?
so apa lagi, bertambah cuaklah aku.

Apabila Grill pintu rumah aku pula yang berbunyi,
aku mematikan prasangka buruk dgn membuat alasan
Ni mesti Kucing aku Warren Buffet tgh main kt grill ni.
(Tak berani dh nk check sebab baru pdmkan lampu haha)

Mata aku tutupkan rapat ni cuba juga utk tidur,
terbayang pula muka zombie yg sukakan otak-otak!
di blog Kisah Si Gemok ni.
Lepas tu terbayang zombie yg berkeliaran di Sunway Pyramid pula
macam yg diceritakan di blog Azian Elias

Lagi lah tak dpt nk tidur..
Tak lama lepas tu terdengar pula bunyi di dapur.
Aishh sapo la plak ni, nak bangun tengok tak daya lah
terus aku buat-buat tutup mata je..


Lepas tu, aku dgr bunyi macam org berjalan pula di dapur.
Ya Allah, hantu zombie betul ke apa ni?
Aku rasa heartbeat aku dh mcm sama macam aku merentas desa dulu.

Terus aku nampak lembaga keluar dari dapur.
Sebab dalam gelap jadi aku tak nampak,
aku tutup mata terus rapat2

Korang boleh bayangkan betapa suspennya aku waktu tu,
dia berjalan sedikit dan membuka lampu.



MashaAllah ayah aku rupanya.
Dia dari bilik di belakang nak ke dapur untuk ambil air.

Wednesday, September 12, 2012

Anasyg

Assalamualaikum.

Perasan tak dua benda baru di blog aku ni?
Hahah ala dua benda yg lama tapi baru nak letak di blog ni.


1.

Semalam waktu aku sedang Reply comment tiba-tiba terbaca comment dari Anasyg
Dia tanya aku nak header tak?
Memang mengantuk disarungkan bantal lah kan..
Aku ada download photoshop untuk purpose buat header sebelum ni,
Tapi tulah bila membuka tutorialnya dah tak phm plak..
Lain plak rupa photoshop dia, terus hilang mood tgk tutorial.

Dan malam tu sebelum nak tidur dia sudah hantar email
Apa lagi terus buka la tgk dan tgk hasilnya..
Woow...!
 
Dah ada satu header aku ni.. hasil dia mcm yg kat atas tu
Actually Everything's Everythings tajuk blog aku ni
tapi takpe lah,
byk demand pula dah org tu elok2 tlg buatkan -_-
Header ni aku akan pakai dulu sampai aku rajin nk belajar Photoshop nnti 
 
Kata orang hutang emas dibayar emas, budi dibawa mati, hutang header mcm mana plak..
sekadar yg aku mampu aku akan letakkan sikit tentang si Anasyg ni dkt blog..
ala-ala review gitu, ye lah aku bukannya hebak mana pun siap nk review org lain =.=
 

http://followanasyg.blogspot.com/
Pensel dan Headernya
Blogger ni dikenali dgn nama Anasyg..
waktu first tgk nama dia aku ingatkan gabungan nama
Ana + syg, rupanya Anas tu nama dia..
Jadi gabungan Anas + yg
'Yang' tu aku tak pasti 'yang' mana punya 'yang' dia guna hak2
Care to explain nanti? haha

Apa yang nak aku ceritakan tentang blog dia ni,
Blog dia cantik..
buktinya aku pernah tagged dia dalam segmen Blog aku cantik tak?

Entry dia pun best-best, menceritakan tentang kehidupan dia,
sedikit nasihat dan juga review blog lain..
Aku dah 2 kali nmpak dia review blog lain..
Maklumlah baru berkenalan dgn dia so belum byk lagi entry dia yg aku dah baca.

Dia ni juga tak suka u follow I follow,
Kalau korang ikhlas nak follow,
inshaAllah dia akan jadi readers yg baik.

Apa-apa pun terima kasih daun keladi, lain kali buatkan lagi ^^
Semoga Allah memurahkan Rezeki Anasyg ni.
Sudi-sudilah terjah ya ;D


2.

Actually benda yg baru lagi satu ni pun,
sebab dia yang nasihatkan aku
dah dua kali dia suggest letak chatbox,
first time tu aku memang buat tapi tinggal separuh jalan je hak2
last-last aku siapkan juga dengan emoticon yg comel2..

My Chatbox kononnya
nak samakan dgn colour background

 

Tuesday, September 11, 2012

Macam masakan Mak

Assalamualaikum

Hari ini nak bercakap sikit tentang masakan mak ni,
Selalunya kalau kita makan benda-benda yg sedap,
apa yg terkeluar dalam mulut kita ialah sedapnya macam masakan mak..

Haa actually bukanlah nak cakap masakan mak aku ni marvellous ke apa
cuma kalau aku pulang ke rumah,
benda yg paling aku teringin nak makan ialah masakan mak.
Tak kisahlah apa-apa masakan pun,
even sambal belacan yg dia buat pun aku suka tau.


Sekarang ni kan dah ramai chef-chef Lelaki,
Kawan-kawan aku sendiri ada yg memilih kerjaya chef,
ada yg siap pergi oversea bagai.

Kalau kita pergi gerai-gerai atau restoran pun
selalunya tukang masak mereka ni lelaki,
sebab lelaki ni cepat dalam bab masak cincai2 dan cpt kot
Nasib baik cincai2 pun sedap..


Agak-agaknya bila mereka berkahwin esok anak diorg akan ckp tak
"Sedapnya masakan ni, macam masakan ayah/papa/daddy" tak?


Secara lumrahnya dari dulu lagi,
kaum perempuan memang terkenal di dapur,
kata orang belajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur juga.
Actually kalau lihat betul-betul ini bukan satu hinaan
tetapi satu pujian buat kaum ibu,
walau berkejaya mana dia sekalipun, tetap handal juga dalam bab masakan.

Masakan perempuan atau kaum-kaum ibu ni berbeza sedikit dgn kaum
lelaki atau kaum-kaum ayah.
Sebabnya mereka lebih teliti,
nak-nak kalau memasak untuk org yg tersayang.
Mesti memasak pun dengan penuh kasih sayang,

Dalam membasuh bahan dgn air, mereka tak lupa membaca Bismillah
dituruti dengan selawat keatas nabi atau zikrullah
Dalam memilih bahan untuk membuat masakan pula,
mereka akan memastikan benda tersebut bersih
jadi masakan yg mereka masak pun terjamin bersih dan sedap inshaAllah.

Sebab itulah juga berkat masakan ibu yg kita makan dari kecil.


Dan of course la aku tak cakap masakan lelaki ini tidak sedap,
Buktinya ayah aku pun kadang-kadang dia pun masak juga
tapi tu lah hasil masakan dia, tak kurang mcm aku sendiri juga..
Tak variety mcm masakan mak tapi alhamdulillah sedap.
Mesti bersyukur okay, tak elok mencela makanan.

Jadi kaum perempuan ni,
paling tidak pun ambil tahu sedikit ilmu tentang masakan,
buku-buku resepi tu make sure tau sedikit cara menggunakannya
Kalau tak nanti anak2 kita
memuji bibik kita pula, bila makan makanan yg sedap ;D



p/s: Aku sendiri bukanlah expert dalam masakan, tapi dah duduk seorang nak tak nak kena lah juga masak. Tapi kalau dijodohkan dapat Isteri yg tak reti memasak,
terpaksa lah aku turunkan masakan telur dadar berminyak special, ikan goreng separuh hangus ni dekat anak2 aku nanti hak2

Monday, September 10, 2012

Cuti-cuti Melaka

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku baru sahaja pulang dari Melaka semalam,
ingatkan nak update blog semalam tapi penat pula jadi aku tangguhkan cerita ini untuk hari ini.
Kepada yang datang ke blog membaca entry inshaAllah aku akan membalas kunjungan nanti ^^

Weekends ni kami pergi bercuti-cuti Malaysia ke Melaka.
Nawaitu selain dpt merapatkan silaturrahim dengan saudara kami di sana, juga menyimpan hajat untuk makan ikan bakar di Melaka.

Waktu tengahari tu kami makan Asam Pedas, maklumlah rasa pelik pula kalau singgah Melaka tak kena dengan Asam Pedas kan?

Ini pula dinner kami
Kami makan Ikan bakar di Restoran Muara Sungai Duyung.
Sedap seafood dia, kitorg order Ikan siakap 3 rasa,
Lala goreng berlada, ikan bakar, sotong goreng,
Kangkung masak belacan dan juga udang garlic butter.
 
Yang specialnya instead of nasi putih biasa,
disini dihidangkan dengan nasi lemak kosong pula..
memang pesennya begitu ya?
Apa2 pun memang menyelerakan ;D
 
 
Malam tu parents kitorg tak larat lagi berjalan,
jadi kami adik beradik je lah yg merayau ke bandar Melaka.
 

Gambar di atas ialah di Pirate Park. Aku rasa attraction baru di Melaka..
Dia nak buat ala-ala Venice aku rasa.
Sekitar sungai tu ada la pub dan bar yang tak sesuai utk org Islam.
Lebih kepada menarik pelancong2 asing gitu.. =.=

 
 Rumah hantu..
hahah taklah,
ini antara bangunan yg berada di sekitar sungai di Pirate Park.
Semuanya menarik dihiasi lukisan2
 
Dari atas jambatan di Bandar Hilir.. 
Rasanya ini sungai Melaka xD
cantik diterangi lampu-lampu
 
 
Attraction di Bandar Melaka pada waktu Malam.
Menarik betul, terang benderang malam tu walhal
sudah pukul 12 tgh malam.
 
 
 
Ini pula di dataran Pahlawan,
Kitorang tak pergi Shopping Complex yg di bawah tu.
Cuma cuma pergi ke 'Shopping complex' Uptown
yg terletak di opposite of  Dataran Pahlawan.
 
 
Burung Kenyalang di Melaka xD
 
 

Ini pula ialah Pantai Klebang, Pantai 1Malaysia gelarannya.
Pantai ini ditambak untuk mereka buat projek shopping complex di hadapan pantai.
Projek berapa ribu ringgit lah ni untuk buat attraction menarik
ala-ala Miami beach rasanya..
 
Pantai ni agak dekat dgn tempat pelabuhan kapal
aku tak rasa ada org mandi di sini,
waktu kami pergi tu ada pertandingan memancing (gmbar sebelah kanan atas)
Dan ada pertunjukan Bas-bas lama di sebelah kiri
(haha xde lah aku pun xtau apa motif letak bus2 ni semua)
 
 
 
 
Overall tripnya sangatlah best alhamdulillah,
thanks to harga Homestay yg sangat berpatutan juga,
ikutkan memang tak cukup pergi weekends je
sebab lagi byk tempat-tempat yg menarik untuk dilawati..
tapi InshaAllah kalau ada rezeki lagi pada waktu akan datang.