Friday, September 21, 2012

Acapella

Assalamualaikum,

Agak-agak ada tak yg tak tahu Acapella?
apa tu acapella?

Ianya berasal dari perkataan Italian, A cappella.
Bermaksud "in the manner of the church".
Tapi itu dulu lah,
di mana mereka memainkan music tanpa instrument.
Macam choir, dan juga gospel song.

Begitu juga seperti nasheed, dan seni beatbox
yang selalu kita dengar sekarang,
ianya juga termasuk dalam Acappella.
Music tanpa menggunakan alatan.


Waktu aku sedang boring-boring pun
selalu akan membuat bunyi2 seperti ini..
tapi tak tahu lah kalau tu acapella ke tak
sebab kawan aku yang dengar tu cakap,
kau ok tak ni? dush3 je dari tadi..

So nak tak try dengar macam mana Acapella ni?
Aku nak share juga video Acapella yg best.
Cuba lah try dengar,
mcm-mcm lagu diorg buat dlm satu video pendek sahaja.
Siap ada lagu Michael Jackson dan who lets the dogs out lagi.. xD
  
Orang Digi berwarna putih,
The Voca people perform Acapella xD
lagu first tu tak elok didengar,
tapi lagu lain best2.


Err hodoh sangat ke costume tu?
takpe lah, bukan yg hodoh2 je boleh buat benda ni..
Ini dia, Mike Tompkins.
Youtubers Acapella yg famous siap ada album dia sendiri.
Dah la berbakat lepas tu handsome pula
mana tak ramai peminat kan?


Nak try dengar tak dia buat cover lagu dengan acapella?
tanpa mengunakan instrument,
hanya menggunakan mulut dia sahaja..
Tengok lah bawah ni sekejap ^^

Dia buat cover lagu dari Fun. - We Are Young
 Hebat kan? kalau aku xtgk video dia
mesti aku ingat dia pakai instrument :P

Thursday, September 20, 2012

Aku terjah! Aku Follow! Apakah itu?

Assalamualaikum,

Hari ini aku ditagged oleh Hainom OKje untuk
segmen Aku terjah! Aku Follow! Apakah itu?
Eh betul ke nama segmen ni?
Segmen ini dihostkan di blog Myideakini [click link utk masuk]


 
Ok so aku kena cerita siki mengenai tajuk tu

Hmmm..
Aku rasa kan..
terjah dan follow ni ialah cara 
untuk naikkan followers lah..
Masuk blog orang then follow blog orang,
dengan harapan orang tersebut akan follow kita balik..

Kalau kita tak yakin dia akan follow kita semula,
maka ditinggalkan pula messege di cbox mereka
seperti "Hi, I follow, u follow back".

Well lain orang lain tujuan berblogging kan?
Ada yang suka buat benda ni sebab tambah traffic,
bila tambah traffic maka banyaklah dpt duit $$$

Bagi yang berblogging just for fun tu,
mungkin lagi best kalau dpt readers more than followers..
Aku pun suka yang ini.


Apa-apa pun, ikut mana satu la yg kita bahagia..

So, aku kena tag 3 bloggers lain pula lepas ni,
yg kena tagged tu harap-harap cepat buat ya takut tak sempat.
Sebab segmen ni tertutup lepas cukup 100 peserta.
Silalah follow blog dia juga kalau sudi~
mudah-mudahan bertambah followers mahupun traffic kita.


 Tagged pertama ialah Shinji,
sebab dia dah lama tak update..
syg sgt kt burger lava tu sampai
tak snggup update agknya xD 

 Tagged kedua ialah Mr She,
Katanya tiada mood utk update,
terpulanglah kalau dia ad mood utk join segmen ni or not ^^


Tagged ketiga ialah Linn Si Pipi Merah,
sebab dia pernah tag aku sekali dulu,
walaupun dia ni rajin buat entry xD
mana lah tahu berminat nk join segmen ni..
 


Doraemon Si Kucing Robot

Assalamualaikum,

Wahh semangat keDoraemon betul aku harini
Siap letak lagu Doraemon lagi bagai.. ada apa ni?
Apa lagi tak lain tak bukan,
Sempena hari ulangtahun doraemon lah~

Actually tarikh lahir Doraemon ialah 3 September 2112.
(dh lama lepas dh pun tapi baru hari ni nk hapdate lol)
Jadi maknanya Doraemon lahir 100 tahun pada masa akan datang.
Sebab itulah mereka sambut event,
"100 Years Before the birth of Doraemon".




Aku rasa semua orang kenal Doraemon kan?
Doraemon ini ialah watak kucing Robot
yang dilukis oleh Fujiko F Fujio.
Dah mati pun pelukis dia ni.

Bagi yang tak tahu tentang Doraemon.
Doraemon ni datangnya dari future 22nd Century,
dihantar oleh cucu-cicit Nobita untuk
mengubah nasib kehidupan keluarga mereka..
(Nobita pula ialah watak utama lelaki yg bermasalah)

Doraemon menyimpan di dalam poketnya, alatan yg canggih
dari masa akan datang.
Tetapi Nobita pula tersalah gunakan fungsi alatan tersebut,
yang akhirnya menyebabkan dia juga yg bernasib malang.
Jadi dari situlah byknya adegan-adegan yang menarik.


Gambar exhibiton 100 Years Before the Birth of Doraemon
dari Google.
Nampak begitu meriah sekali.
Ramai juga ya peminat Doraemon ni.


Aku waktu kecil dulu,
memang minat baca komik Doraemon.
Kesian ibu aku yg asyik kena tolong belikan..
Tapi komik-komik yg dikumpulkan
entah mana perginya..

Anime Doraemon juga pernah disiarkan dalam NTV7.
(tak tahu pula sekarang ada lagi ke tak)
Tapi dia buat tu memang betul-betul pada waktu Maghrib.
So waktu nak solat maghrib, wktu tu la Doraemon disiarkan.
Kadang2 terkejar-kejar solat sbb nak tgk
Doraemon punya pasal haha.


Cawan Doraemon + Dorayaki xD
Konon2 nak try rasa Dorayaki, sekali gigit
Ya Allah tak sedapnya, inti kacang merah pula tu.. =.=
dh lah beli sampai 2, membazir pula aiyoo 





Lagu Doraemon di awal animenya ^^
(tutup music Doraemon di background kalau mahu dgr)

Wednesday, September 19, 2012

Perigi Cari Timba

Assalamualaikum,

Haa.. agak-agak pernah dengar tak peribahasa ni?
Kalau yang pernah dengar tu mesti korang dah tengok
drama Adam & Hawa kt Tv tu kan?
hak2

Actually aku pun baru juga start tengok cerita tu,
maklumlah dah banyak sangat blog
start buat review tentang filem tersebut.
Aku pun taknak ketinggalan, so terpaksa tengok.
(cewahh terpaksa)


Honestly aku suka drama ni,
sebab kelakar antaranya babak kaki gossip bertiga tu,
dan juga babak dimana Adam mengorat-mengorat manja
si Hawa tu..
memang sangat adorable ^^

Aku taknak lah ceritakan sinopsis pula,
sebab aku sendiri baru tengok sampai ke episode 14 je,
nak tunggu episode akan datang malas pula =.=
Nak baca novel dia, lagilah malas.


Jom nak cerita sikit apa yg aku dapat dalam filem ni!

1. Lelaki yg handsome tu tak mengapa jadi playboy.
Sebab rupa tu kalau dah handsome
bila nampak dia berkepit dengan perempuan lain pun,
masih juga rasa suka dekat dia.
Lepas tu tengok Adam sentuh tangan & rambut Hawa,
Hawa diam je tak respon..
tapi agknya kalau rupa tu tak berapa nak macho, tapi playboy,
sah-sah bukan setakat orang meluat, mahu kena sepuk.


2. Jangan jadi perigi cari timba.
Especially buat si perempuan,
Iaitu tak perlulah push over si lelaki tu untuk suka kita balik,
kalau tak jadi mcm si Dee tu nnti, rimas je tengok.
Jual mahal macam si Hawa tu kan manis je.
Kecuali, kalau lelaki tu pemalu maka itu dikecualikan. ^^


3. Alasan untuk lelaki yg playboy :
"look, kita belum terikat apa-apa lagi
so I berhak untuk keluar dengan siapa2 pun."
Cuba lah, kot-kot awek kita
yg asyik cemburu tu terima alasan tu kan? xD


Ok tu je lah kot setakat ini,
nanti kalau makin banyak lagi aku dah tgk
aku beritahu pula benda baru yg aku dapat.
Jangan ikut pula pengajaran aku ni!


Bercakap tentang berwajah handsome ni playboy,
aku bukanlah nak membangga diri ke apa,
apatah lagi nak mengangkat bakul sendiri.
Tapi tu lah, orang cakap muka macam anime.

Bila aku tengok muka sendiri,
tak ada lah sgt mcm muka anime pun..
So maknanya, aku ni pun handsome lah kan?
huh..? Korang tak percaya ke muka mcm anime? =.="
takpe takpe.. kalau tak percaya juga..
tgk la kt bawah ni.






















Pelik juga ntah mana datangnya muka anime tu =.="
diorang ni jeles agknya...
hak2
Peace!
 
 
p/s: Entry sekadar gurauan sahaja jgn terasa ya ^__^
And muka saya tak pun handsome.



Tuesday, September 18, 2012

Islam-O-Phobia

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak share sikit post yang aku baca
dari blog Lin si Pipi Merah, credit to her.
Post tersebut bertajuk Islam O-Phobia..
Maksudnya orang yg phobia dengan agama kita, Islam.


Kalau anda pernah lihat video ceramah
seorang mubaligh Hindu yg marahkan kenyataan dari Ustaz Harun Din.
Katanya orang yg bukan Islam ni kesian, sebab buat baik
bagaimana sekalipun akhirnya dimasukkan ke neraka juga.
Jadi dia tak puas hati, dia fikirkan adakah dia diciptakan
hanya untuk dimasukkan ke neraka sahaja?

Apabila dia bertemu Ustaz Harun Din,
Ustaz Harun Din menerangkan tentang Islam dgn sangat mudah.
Islam ini asasnya cuma 5 perkara, Rukun Islam.
Dan orang Islam percaya 6 perkara, Rukun Iman.
Dia terkejut sebab sangat simple.

Lain dengan apa yg dia dengar sebelum-sebelum ini.
Kawan-kawannya yg beragama Islam
bercakap tentang Islam membuatkan dia berasa sangat rumit.
Iaitu byk sgt "Tak boleh" yg dia dengar dalam Islam,
sebab itu melecehkan baginya.
Lihatlah salah siapa kita tak pandai berdakwah?

Alhamdulillah, akhirnya dia memeluk Islam.


Aku cuba terangkan mengikut pemahamanku dari blog Lin ini.
Kawasan kuning ialah penempatan rata2 org Islam,
Merah ialah penempatan orang bukan Islam.
Manakala di kawasan oren pula ialah bercampur.
Agak-agaknya kita berada di kawasan yang mana?
Aku rasakan di Malaysia ini kita berada di kawasan
berwarna oren iaitu Islam & bukan Islam.
 
 
Orang yang berada di kawasan oren,
mereka sedikit sebanyak mendapat pendedahan tentang Islam.
Jikalau diturunkan hidayah kepada mereka,
juga jika kita dapat berdakwah kepada mereka,
InshaAllah mereka dapat menerima Islam dgn mudah.
Tetapi bagaimana pula dengan org di kawasan merah?
 
Di situlah, media massa ini memainkan peranan utama
untuk memutar belitkan berita tentang orang Islam.
Macam orang kita juga, ada ramai sahaja yg percaya berita
daripada Surat khabar & TV bulat2kan?
jadi tak perlulah kita salahkan mereka juga jika mereka
percaya berita tersebut bulat-bulat.
 
Sepertimana filem yg baru-baru ini mereka keluarkan
tentang Rasulullah SAW, apa tujuan utama mereka?
tak lain tak bukan untuk melihatkan kemarahan umat Islam,
supaya mereka boleh mengambil peluang mengatakan
bahawa umat Islam ini terrorist bila melihat kita mengganas.
 
Antara benda yg paling ditakuti oleh orang di kawasan merah :
 
  1. Terrorist, boleh membunuh orang beragama lain.
  2. Poligami, Lelaki boleh kahwin ramai
 
 
Jadi sebagai umat Islam kita haruslah tahu,
cara untuk menerangkan tentang kesilapan mereka.
Andaikata kita ditanya mereka satu waktu nanti..
Tanggungjawab berdakwah itu bukan sahaja terletak pada
ustaz-ustaz, para ulama sahaja malah pada setiap umat Islam ^^
 
Nak tahu lebih lanjut tentang Islamophobia?
marilah baca tentangnya di blog ini.



Sunday, September 16, 2012

Make Your Room

Assalamualaikum,

Alhamdulillah aku telah pun selamat sampai ke rumah sewa aku, semalam.
MashaAllah bersepah teruk bilik tu lepas ditinggalakan,
tapi bersepah mana pun takkan lah penat-penat sampai
terus nak berkemas kan?
Aku ni bukanlah rajin macam ibu aku.
Jadi ditangguhkan hari ini, aku terpaksa mengemas rumah sehari suntuk.


Sebab apa lama betul aku mengemas?
biasalah siap vacuum, sapu semua kot, lepas tu sambil tgk anime.
Mana tak lama =.=
So macam mana?
nak tengok tak bilik aku yang cantik ni?
Jom preview.

Yahoo image je lah aku tunjukkn eh?
 Bukan apa, aku taknak lah
letak betul-betul bilik aku. Segan kot. 
Jadi aku cari yang hampir sama je.
 
Bilik aku macam ni pun ada juga
 
 Macam ni pun ada juga sebenarnya..
Agak-agak korang dapat bayangkan tak mcm mana
lah rupanya bilik aku tu eh? haha
 


Bercakap tentang decorate,
aku pun minat juga berdeco ni.
Walaupun aku tak pernah lagi sampai ke Ikea,
catalog dia dah berkali-kali aku belek, harga mahal sgt kdg2
tu yg membatalkan deco rumah ni sebagai hobi aku.


Waktu aku kecil dulu,
aku suka main game The Sims.
Sebab aku suka decorate rumah-rumah dia.
Beli la apa-apa barang pun tak habis duit dia hak2
Kalau habis boleh buat cheat.
Tapi in real life mana boleh buat cheat.
 

Ni pula game Habbo Online, sama mcm the Sims.
Cuma dia game online, jadi takde cheat jadi
aku perlu bekerja dalam ni utk dapatkan duit
supaya boleh decorate rumah cantik2
 


 
Aku tak pernah masuk bilik perempuan so aku agak
bilik mereka mesti yang comel-comel macam ni kan?
yang cerah-cerah warnanya
tak mcm bilik lelaki, lagi gelap tu lagi cool.

Terang betul, sedap mata memandang.
 
Amacam sama tak mcm bilik korang?
ke mana ada bilik perempuan pink-pink semuanya?
aku pun xtau =.=
 
Bila dah berumah tangga lain pula choice deco dia kan?
Mana lah boleh nak buat bedroom korang pinky mcm ni
kesian kot si lelaki nanti..
Lepas tu nak buat gelap-gelap sgt bedroom pun
xboleh juga kan?
 
 Tu dia bilik utk pasangan yg sudah berkahwin.
 

 Tak kisahlah lelaki ke perempuan,
yang penting bilik kenalah bersih,
sebab kalau bilik bersih inshaAllah
nak buat apa-apa pun senang, termasuklah beribadah.
Elakkan juga menggunakan perhiasan yg diharamkan oleh Islam ^^
Seperti gambar poster-poster artis yg mendedahkan aurat,
serta patung-patung.
 
Rumah cantik-cantik tapi malaikat tak masuk pun tak guna juga.
 
Decorate pun kena ada skill kan?
Aku sendiri takde skill utk deco,
asal cantik mata memandang ok lah tu.
Ibu aku dulu suka tgk show Deko bersama Eric(Leong).
Aku tak minat sgt, tapi disebabkan ibu dh tgk
aku pun terpaksa tengok sekali hak2
Haa, dari situ pun ada juga dia kasi tips mcm-mcm utk deco sendiri.
 
 
 
p/s: Thanks untuk mereka yg mendoakan keselamatan aku semalam ^^
InshaAllah nanti aku berblog walking balik di blog-blog yg meninggalkan jejak.