Saturday, September 29, 2012

Watch My Watch

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak cerita tentang Jam tangan aku.
Korang semua mesti ada jam tangan sendiri kan?
Bagi seorang lelaki yang tak boleh berhias-hias dgn barang kemas,
accessory yg satu-satunya ada pada mereka ialah Jam Tangan.
Asalkan bukan Jam tangan yg diperbuat daripada Emas.

Baru-baru ni juga aku ada terbaca tentang
Tachymeter dkt blog Romeo Laut.
Teruja sikit pun ada, sebab aku pernah juga
tertanya kenapa banyak bebeno nombor pada jam ni.
Bagi yang tak tahu sila lah terjah, boleh tgk arah juga
tau guna jam tangan ni tau.

Okay nak dijadikan cerita,
Malam hari tu aku ada pergi main badminton,
disebabkan tak selesa memakai jam ketika bermain
aku menanggalkannya dan letak di atas beg aku di tepi.
Bila dah syok bermain tu memang terus terlupa lah kan,
nak balik tu dah penat so cepat je aku ambil beg semua..

Esok tu barulah aku perasan,
ya Allah mana pula jam aku ni =.="
Sanggup aku pergi balik ke sana
semata-mata nak tgk kalau2 ada lagi.
Sayangnya org yg bersihkan dewan tu pun ckp
kalau ada benda yg hilang selalunya dia akan hantar ke Lost & found
tapi xde lah pula jam aku tu :(

Jam tu bukan aku yang beli.
Ada kawan aku yang berikan, kawan ye..
Sebab tu kena appreciate kan?
Dah bertahun2 juga aku gunakan.

Seingat aku lah,
Seumur hidup aku pernah pakai jam tangan 5 kali je.
Jam tangan pertama ialah jam tangan Power Rangers.
Ni jam tangan aku waktu sekolah rendah.
Sebab ibu kitorg belikan sorang satu,
aku dpt Power Rangers warna biru adik aku yg warna hitam rasaya.

Lebih kurang begini rupanya,
Tapi Power Rangers Mighty Morphin
muka Power Rangers warna biru.
 
Yang kedua ialah jam tangan digital terakhir aku pernah pakai.
Rasanya jam tangan itu brand G-Shock kot,
atau yg seangkatan dengan tu.
Tapi tak lama pun aku pakai
sebab jam digital tu cepat rosak.
 
Jam ketiga aku,
Waktu musim bola dulu lah kan
aku ni memang peminat Michael Owen yang dulunya dalam kelab Liverpool.
So disebabkan aku suka liverpool,
aku ada beli lah jam liverpool yg comel rupanya.
Jam analog dan ada lambang liverpool ditengah2
 Rupanya macam ni lah kot,
tapi ini yg original punya,
yang aku beli tu bukan original
dan murah.
 
Yang keempat pula,
Actually bukannya aku punya pun..
Waktu duduk di asrama dulu kawan aku ni
ayah dia kakitangan Celcom so dia pun pakai jam tangan Celcom.
Disebabkan dia kawan aku, jadi aku selalu lah pinjam jam tangan dia..
Berbulan juga jam tu di tangan aku sampaikan
dia sendiri cakap kau suka ambil je lah
kesian dia terpaksa beli jam lain lepas tu.  >.<
 
Yang kelima ialah jam yang hilang tu..
Jam berjenama juga tu.
 
So semalam, aku pergi mencari jam ini di kedai.
Beberapa kedai juga lah aku masuk
Dengan harapan dapat jumpa jam yg sama.
Alhamdulillah aku terjumpa juga akhirnya..
Harga dia pun boleh tahan mahal juga!
 
Tapi entah macam mana, mata aku lebih tertarik
melihat satu lagi jam tangan ni yg lain.
Dah berkenan pula dgn yg tu.
 
Takdelah, sebab alang-alang membeli jam,
nak juga cuba benda yg baru..
So aku pun tanpa berfikir panjang terus beli jam yg berkenan tu
sebab dah teruja sangat.
 
Sampai sekarang ni aku terfikir patut ke aku bagitau?
yang aku dah hilangkan =.="
Tak sampai hati pula kan? 
hampeh punya kawan.

Thursday, September 27, 2012

Segmen: Tangkap Follower Banyak-Banyak

Assalamualaikum,

Tadi dikejutkan dgn Entry si Sue Pelik,
sebab dia sudi letakkan blog aku dlm entrynya.
Walaupun dia ckp ingatkan aku perempuan,
tapi aku tetap gembira sebab direview okay..
Lagipun, aku dah letakkan siap-siap kat profile sekarang,
so harap-harap tiada lagi yg salah faham.. ;P

Hari ini aku nak menyelesaikan tag,
Actually ada dua tagged ni tapi aku nak
buat yang ni dulu sebab yg ni dh lama punya segmen..
Tagged ini datangnya dari Anisa's Corner
Erm tak pasti pula segmen yg lama ke baru,
sebab dah ramai yang join..

Dulu waktu blogwalking pun banyak nampak
orang join contest ni, tak putus2 aku ucapkan
selamat menangkap xD
Jadi hari ini turn aku pula untuk cuba tangkap lol
Segmen Tangkap Follower Sebanyak Mungkin dari Nabila Medan.

Banner contest, Cute kan?
Aku rasa ni gambar doodle One Direction..
betul tak? ke Kpop punya band ni?
Macam-macam la
 
 
Memang best segmen ni,
kalau tak percaya cuba try masuk..
Dan cuba BW semua link orang yg join dia,
sebab dia dah sediakan list semua..
Bagus juga untuk tinggikan traffic..
 
Tanpa membuang masa,
aku nak cari mangsa untuk ditagged ^^
Kalau yang sudi tu meh la buat juga,
mana tahu bertambah follower tu ;D
 
 
Shinji lagi.. xD
Perasan tak dah dua kali aku tagged dia?
Bukan apa sebab hari tu dia busy sgt,
so kali ini aku harap dia dapat buat segmen ni ^^


Haaa ni lagi best aku tagged dia sebab dia ni detective,
Kalau korang ada apa-apa masalah beritahu je dia
siap letak lagi kt cbox aku tu,
Memang aku ada masalah, masalah nak cari mangsa tagged =.="
Jadi mintak kau selesaikan je lah ye Tantei San.
 

Shar90
Korang curious tak kenapa banner dia dgn banner yg atas sama?
ShinRan & SharFiqa
Haaa.. nak tahu pergi la tanya sendiri kt dorg
hahah
 
 
 
P/s: Mangsa aku hari ini semuanya mula dgn alphabets S.. hahah
Oh dan tak lupa pula bilangan followers aku ialah 265

Wednesday, September 26, 2012

Ninja Lompat Setinggi Pokok

Assalamualaikum,

Tahu tak seorang Ninja boleh melompat
setinggi sebatang pokok yg panjang?
Walaupun ini cuma rumour sahaja,
sebab tak pernah tgk pun secara live ninja ni..
Tapi nak cerita juga kenapa mereka
boleh melompat setinggi tu..

Ninja ini dilatih semasa mereka kecil lagi,
mereka juga akan dilatihkan melompat
anak pokok yg kecil setiap hari.
Sehinggalah pokok & ninja tersebut sudah besar.
Jadi tidak mustahil lah dia boleh melompat
setinggi pokok tu.

Bak kata pepatah, carik-carik bulu ayam
akhirnya bercantum juga..
Eh salah peribahasa pula,

Tapi..
Aku taknak lah bercakap tentang Ninja,
aku nak bercakap tentang teknik dia tu,
yang kita selalu dengar,
Practice Make Perfect.

Kalau ada satu benda yang kita tak reti,
kalau dibuat hari-hari InshaAllah
kita akan dapat menguasainya nanti..
Samalah dengan solat kita,
Bukannya senang untuk solat tu..
Kalau orang bukan Islam dgr bacaan kita,
mereka akan kata rumitnya bacaan solat tu.

Walhal kita ni yg dilahirkan Islam,
rasa benda ni adalah mudah sebab dari kecil lagi
kita telahpun dilatihkan benda ini.

So kalau ada sesuatu yang kita lemah,
Atau ada sesuatu yg kita baru nak mencuba..
jangan terus mengalah..
Lakukannya dengan istiqamah,
lama kelamaan kita akan dapat membuatnya..
InshaAllah! :D

Actually aku ada main game
Subway Surfer ni,
sangat susah bagi aku game ni..
Tapi dh tiap-tiap hari termain
game ni,
sekarang ni pejam sebelah mata pun boleh main
huahua..
 
Sekarang ni pun sedang belajar Photoshop,
mudah-mudahan boleh buat header sendiri nnti..
Haaa, sape nk header free nnti ckp eh..
hahahaha (bajet pro)
 
 
ps: Padahal assignment tak siap-siap lagi ni =.=
Nasihat orang bukan main

Tuesday, September 25, 2012

Uno! Dos! Tre! Green Day

Assalamualaikum,


Semalam aku menonton concert di youtube,
(Youtube je lah nak pergi live mana ad duit ooo)
iHeartRadio Music Festival 2012 yg baru je
berlangsong minggu lepas di Las Vegas.
Banyak artis international yg datang untuk Perform.

Contohnya macam Rihanna, P!nk, Aerosmith,
PSY, Ne-Yo, Bon Jovi, Usher, Taylor Swift,
Linkin Park, Green day dan byk lagi
ada juga yang aku tak kenal.

Tapi dalam banyak-banyak tu cuma 2 je yg
aku nak sgt tengok iaitu my Favourite band,
Green day dan juga PSY perform..


First aku tengok PSY perform,
sebabnya nak tengok la mcm mana
audience dia kan? mana lah tau mereka nak turut
sama berjoget tarian kuda dia tu xD


Sayangnya crowd dia tak best,
nampak Psy sorang je yg dok berjoget kt atas stage..
Apa-apa pun it was nice.

Comment di youtube, lol



Lepas tu aku lihat Green day pula yg perform,
sayangnya crowd dia pun tak berapa aktif.
Sampai dia terpaksa turun pergi ke crowd.
Biasalah, peminat-peminat tu
bukannya semua dengar Punk Rock,
mungkin datang nk dengar Usher serta Artis RNB yg lain..


Lagi satu yang menarik,
ialah bila 1 minit sebelum tamat performance mereka,
Green Day membuat tunjuk perasaan
disebabkan masanya utk perform dipendekkan
gara-gara penyanyi Usher mengambil extra time.
Green Day Fanatic kata
"Green Day using 1 minute to create new History of iHeartRadio Music Fest"

1 Minute left.

Billie Joe (vocalist & Guitarist Green Day
dengan aksinya patahkan guitar.
 
Mike Dirnt (Bassist Green Day)
lepas melihat Billie Joe berbuat demikian
terus dia pun beraksi sekali.
 
Tre Cool (drumer Green Day)
tapi dia takdelah pecahkan Drum tu..
Mahal kot..

 
21 kali dia menyebut perkataan F__k
dah macam lagu dia 21 Guns pula.
 
Justin Bieber punya nama pun dia sebut,
waktu tengah marah tu..
Tapi taknak lah upload kat sini,
sebab banyak sgt dia mencarut =.="
 
Peminat Justin Bieber ramai yg marah agknya,
tapi peminat Green day ramai yg suka.
 

Kebetulan juga,
Hari ini ialah tarikh keluarnya
salah satu Album Trilogy mereka,
iaitu ¡UNO!
Lagunya seperti retro Green day
sewaktu album Dookie mereka dulu.

Bulan depan pula keluar pula album ¡Dos!,
Lagu ala-ala garbage rock gitu..
dan lagi satu pada 2 bulan depan iaitu ¡Tre!
yang dikatakan mempunyai lagu Epic..
Congratulation to them~

Memang excited lah buat fan dia,
aku pun excited juga actually
Tapi takde duit lah nak beli CD dia
cuma boleh download je la >.<

Uno Dos Tre,
yang bermaksud Satu Dua Tiga
Dalam bahasa Espanol.
 
 
 
You will always be my Sweet 16


Monday, September 24, 2012

Kalau kamu nak tahu, Ayah kamu tu anjing

Assalamualaikum,

Cerita ini dishare dari adik aku, tak tahu mana dia dgr.

Seorang anak dlm perjalanan ke sekolahnya,
lalu ditahan oleh beberapa orang pemuda..
dan menyoal siapakah bapa kamu?
setelah diberitahu siapa,lalu mereka berkata
"Kalau kamu nak tahu,ayah kamu tu anjing"
Lantas,selepas pulang ke rumah..
si anak bertanya kepada ayahnya,
mengapa dia digelar anjing?
lalu ayahnya berkata, dia tu buta..
x dapat membezakan antara manusia dan anjing.

Tahu tak siapa si ayah dia?
Si ayah tu adalah ustaz kazim, seorang pendakwah bebas
yg ingin menegakkan agama islam..
 


Hari ini aku nak share sikit tentang ustaz
yang sangat aku minati, iaitu Ustaz Kazim Elias.
Orang kata suka seorang artis itu kerana rupanya dan lakonannya,
tapi suka seorang ustaz ialah kerana
ilmunya yg diturunkan serta cara penyampaiannya.


Ustaz ni berasal dari Perak,
memang ada lah accent Perak kalau dengar.
First time dengar ceramah dia dalam VCD
yang ibuku beli tak silap aku 4/5 tahun lepas,
iaitu bertajuk Puasa dan memang ketika itu bulan Ramadan.

Bila pasang, MashaAllah, menarik pula ceramahnya
lepas tu barulah dok cari ceramah-ceramahnya yang lain.
Aku pun pernah sekali hadir dalam tazkirahnya,
kebetulan waktu tu dia datang
ke masjid berdekatan dengan tempat aku.

Cara penyampaian ustaz ini sangat menarik,
dan setiap ceramahnya pasti ada sedikit jenaka
yang boleh menarik hati si pendengar.
Ustaz ni juga hebat dalam bab-bab ajuk cakap..
Tak percaya jom lihat clip video pendek ni,



Ustaz Kazim dengan lawak Komunisnya..
Kelakar dia mengajuk orang xD
 
Berbalik kepada tajuk di atas,
kenapa ada orang yang menggelarkan
ulama yg berilmu ni sebegitu sekali?
Tak lain tak bukan gara-gara politik la..
Katanya Ustaz ini berpihak kepada parti lain~
Sanggup pula mereka membenci seorang Penceramah
yang tidak menyentuh isu politik waktu berdakwah,
misi dan visi beliau ialah untuk menegakkan Islam.

Sesetengah pihak tak memahami konsep berdakwah,
setiap benda yg dilakukan mereka persoalkan..

Nak tahu tak cara Ustaz Kazim berdakwah?
Mari lah lihat video clip ni ^^
 
  


Sedikit petikan bagaiman dia berdakwah.



 
Ustaz Kazim dgn budak-budak Gothic.
 

Sunday, September 23, 2012

Segmen Saya nak Hadiah Misteri dari si Pipi Merah

Assalamualaikum,

Macam mana weekends korang best tak? Alhamdulillah,
Aku tak keluar pergi mana pun
sebab ada kerja sikit nak disiapkan..
Weekends ni tak update pun blog,
walaupun sempat juga blogwalking sikit-sikit.

Semalam ternampak segment GA dari Lin Si Pipi Merah,
alang-alang dapat jemputan kan
baik aku join..
Mana lah tau ada rezeki kali ni,

buat entry contest ni memang aku suka,
tak payah fikir banyak-banyak.
Cuma fikirkan siapa nak kena tagged je lah xD

[click banner utk join]

Kenapa saya nak hadiah Misteri?
Sebab dah nama pun misteri kan..
mestilah curious nak tau apa yg misteri tu..
Mana lah tau dia nak kasi kita IPhone5 ke kan haha
ok jgn byk berdemand..

Siapa yang nak join click lah banner tu,
siapa taknak join tu nnti aku tagged korang..
Hak2

Mangsa untuk ditagged :

Nur Azian dengan blognya Suara hati
sebab katanya dia belum pernah buat benda ni.
Senang sahaja buat je entry mcm aku buat ni,
then pergi ke blog Owner untuk berikan link.
 
 
Reimi Syazwan dengan blognya Pseudosupra.
Dah lama tak nampak entry dari blog dia..


sebab dah lama juga tak nampak entry dari blog dia ;D